Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari nie kat Harian Metro, Shah Jaszle telahpun memohon maaf kepada peminat atas '”aksinya” di dalam video klip lagu yang mengghairahkan. Berikut adalah kata-kata beliau yang diambil daripada Harian Metro:
“Saya hanya menjalankan tugas kerana ia tanggungjawab saya sebagai pelakon… Saya memohon maaf kepada peminat dan tidak menyangka klip video Marilah Menari akan menimbulkan kontroversi yang begitu hebat.” (jika salah tlg betulkan saya)
Jika saudara Shah membaca tulisan nie, saya harap Shah boleh fikir balik bahawa tanggungjawab sebagai pelakon memang patut dilaksanakan tapi saudara perlu ingat bahawa tanggungjawab saudara terhadap Allah s.w.t lebih utama dan wajib dilaksanakan.
Jika seseorang pengarah mengarahkan saudara melakonkan watak bersentuhan dengan yang bukan muhrim maka sebagai seorang Islam saudara wajib menolak ‘tanggungjawab’ itu kerana Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa ianya HARAM. Saya pasti saudara Shah dan artis-artis lain juga tahu akan hukum ini.
Tapi saudara dan rakan artis lain tetap juga lakukan dengan alasan tanggungjawab, nak cari rezeki dan lain-lain. Allah tidak kejam kepada hamba-NYA, setiap orang dikurniakan rezeki masing2. Ya, mungkin rezeki anda di bidang lakonan tapi anda perlu ingat dalam mencari rezeki juga kita perlu patuh kepada hukum Allah.
Apa yang perlu saudara dan rakan-rakan artis buat sekarang adalah:
- Perbetulkan niat untuk berlakon (niat kerana Allah)
- Cari & terima jobs yang tidak melibatkan persentuhan antara lelaki & perempuan (melanggar hukum Allah).
- Cari & terima jobs yang jalan ceritanya ke arah kebaikan.
Jika ade drama2 yang sedang dishooting sekarang yang mempunya scene-scene berpegangan tangan mahupun scene2 yang tidak elok, anda selaku seorang Islam & hamba Allah, anda perlulah tolak arahan tersebut & cuba berbincang secara baik dengan pengarah tersebut.
Ambillah iktibar dan teladan daripada saudara Azmil Mustapha(Ali Setan) Sham Kamikaze, dan Bob Lokman. Mereka dari dunia seni seperti anda yang telah berubah ke arah yang lebih baik hanya kerana Allah s.w.t.
Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia. Segala apa yang dikurniakan kepada kita atas muka bumi ini adalah daripada-NYA. Janganah kita ego dan sombong atas segala kemewahan & kecantikan paras rupa yang diberikan. Seeloknya kita beryukur dan membalas segala nikmat yang Allah berikan dengan patuh segala hukum-NYA.
Carilah redha Allah wahai artis-artis di Malaysia.
Salam Ukhwah,