RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 March, 2012

Penutupan Perkihdmatan Prabayar TM 1515

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

tmnet1515

Sebagaimana yang anda sedia maklum, perkhidmatan  prabayar  TM 1515 adalah untuk pengguna yang tidak mahu terikat dengan komitmen yuran bulanan. Servis ini disertakan dengan kad prabayar permulaan RM30 dan tambahnilai RM20.

Sejajar dengan penyusunan semula penawaran produk-produk kepada pelanggan, perkhidmatan prabayar TM 1515 akan ditamatkan perkhidmatan mulai 31 Mei 2012. Selepas tarikh ini, transaksi khidmat pendaftaran dan pengaktifan tambah nilai akan tidak aktif di laman https://prepaid.tm.net.my

Bagi pelanggan sedia ada, akaun prabayar TM 1515 akan masih aktif untuk jangkamasa 90 hari dari tarikh akhir pengaktifan atau tambahnilai. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan  mengaktifkan tambah nilai pada tarikh akhir 31 Mei 2012, akaun prabayar TM1515 akan luput pada 31 Ogos 2012 atau apabila baki akaun adalah kosong bergantung kepada mana yang terdahulu.

Pelanggan dinasihati untuk menghabiskan baki kredit dan menyimpan e-mel dari peti e-mel akaun prabayar TM 1515 sebelum akaun tersebut luput. Pihak TM tidak akan bertanggungjawab atas baki kredit yang tidak digunakan  atau kehilangan data setelah akaun luput.

Dengan penutupan perkhidmatan ini, kami menggalakkan pelanggan agar menaiktaraf pakej langganan dari jalur sempit ke pakej UniFi atau Jalur Lebar dan Telefon pasca bayar di mana pelanggan boleh menikmati:

- Modem WiFi Percuma (Pakej Jalur Lebar dan Telefon)

- Residential Gateway dan Set-Top-Box Percuma (Pakej UniFi)

- ID WiFi  Percuma (akses Internet wayarles di TM WiFi seluruh negara)

- Dect Telefon Percuma

- Panggilan Percuma ke Talian Tetap seluruh Negara

- Kadar Tetap 10 sen/min dari talian mudah alih  ke talian tetap bukan TM  seluruh Negara

Selain  itu, kami juga mencadangkan pakej –pakej internet lain seperti  Kad prabayar TM WiFi  dan perkhidmatan EZnet 1315 yang membolehkan pelanggan mengakses internet dari talian tetap sedia ada atau dengan menggunakan kad iTalk. Untuk melanggan pakej-pakej di atas, sila lawat TMpoint yang berdekatan atau layari http://www.tm.com.my  untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai PENUTUPAN PERKHIDMATAN PRABAYAR TM 1515 dan pakej-pakej cadangan, sila hubungi:

 

Ahmad Hanazir Abdul Halim

Penolong Pengurus Besar  – Consumer

Internet Services, Retail Product

03- 22406436

hanazir.halim@tm.com.my

Norfaizah Waharuddin

Pengurus

VAS/Narrowband

Internet Services, Retail Product

03-2240 6427

norfaiza@tm.com.my

Norakmal Abdullah

Penolong Pengurus

VAS/Narrowband

Internet Services, Retail Product

03-2240 1143

norakmal.abdullah@tm.com.my

 

Yang ikhlas,

DUTA KECIK TM,

 

Salam Ukhwah,

28 March, 2012

Kisah Loo Joo Yee Memeluk Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lee Joo Yee

Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau. Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

p/s: Jika anda mengambil berat, jangan lupa untuk kongsikan kepada orang lain. Semoga kita semua mendapat manfaat daripanya..InshaAllah.

 

Salam Ukhwah,

03 March, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi

Asslamualaikum & Salam Sejahtera,

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul ini dari gelatin babi’.

Babi

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sama2lah kita kongsikan perkara ini kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. InshaAllah.

 

Salam Ukhwah,

Related Posts with Thumbnails