Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Petang semalam, 10 Oktober 2011, Ustaz Nasrudin Hassan telah menemui seorang pengarah filem yang telah mencetuskan kontroversi dalam filem arahannya baru-baru ini iaitu Hantu Bonceng. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Idham.
Aku tak tahu apa motif pertemuan dorang nie..tapi melihatkan daripada komen-komen yang terdapat kat gambar tu, ada yang bermacam-macam andaian dilakukan..antaranya:
- memberi teguran/berbincang mengenai filem Hantu Bonceng yang menjadi kontroversi tempoh hari.
- berbincang & memberi idea kepada saudara Ahmad Idham supaya menghasilkan filem yang ke arah Islam.
- berbincang mengenai perancangan PAS untuk menghasilkan filem sejarah.
- berbincang mengenai masalah ummat. (nie jawapan drp Ust Nasrudin sendiri)
Turut serta dalam pertemuan/perbincangan ini adalah Ustaz Nik Abduh. Salah seorang tokoh agama yang aku kagumi. Namun apa yang diharapkan adalah supaya pertemuan/perbincangan ini dapat menghasilkan satu kerjasama atau cetusan idea dalam merubah industri perfileman yang ada sekarang kepada yang lebih baik & menepati hukum syarak.
Aku juga cukup kagum dengan Ustaz Nasrudin yang telah cuba untuk mendekati mereka-mereka ini walaupun mungkin Ahmad Idham nie berlainan fahaman politiknya tetapi masih dapat menerima pelawaan Ustaz Nasrudin untuk berbincang.
InsyaAllah, sama-sama kita doakan ada sesuatu yang baik daripada pertemuan ini. InsyaAllah.
Salam Ukhwah,
1 comments:
Mmg kena tegur..At least yang salah tak akan terus salah
Post a Comment