RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

25 September, 2010

“1 Helai Rambut Wanita Islam = 1 Dosa”

Assalamualaikum semua,

alyssa_soebandono_053Gambar hiasan

Semalam, sewaktu Skype berfacebook Skype jumpa satu note yang di share oleh seorang gadis yang bernama Mia Nursofiya Abdul Rahman. Mengikut basic info yang didedahkan, saudari Mia sekarang belajar di Nottingham, UK tapi bukan itu yang Skype nak bagitahu sebenarnya.

Sebenarnya Skype tertarik dengan notes yang Mia share yang bertajuk “Pramugari Koma Di Tanah Suci!” Note tu memang panjang tapi ianya betul2 menginsafkan, lebih-lebih lagi kepada kaum Hawa. Skype ambik satu petikan yang betul2 menyentap jiwa Skype dan korang fikir-fikirkanlah.

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

Untuk baca versi penuh korang boleh pergi sini.



24 September, 2010

Wedding Of The Year [2010]

Assalamualaikum semua,

Kali nie Skype nak kongsikan dengan korang sebuah video perkahwinan anak gadis Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin (Pengasas Empayar NAZA Group) iaitu Nur Nadiah SM Nasimuddin, 23, bersama pasangannya Hamzah Datuk Azman Shah, anak kepada pemilik Holiday Villa Hotel sekitar Julai lalu.

p/s: (Perempuan)Jangan terlalu taksub dengan video nie. Nanti naya bakal suami korang..ekeke…

Firstly, Skype nak ucapkan tahniahla kepada dorang sebab sudah selamat diijabkabulkan. Skype post video nie just sebagai renungan/ingatan kepada kita semua yang akan berumah tangga. Kalau kita tengok wedding dorang nie memang ‘grand’ & Skype tak nafikan yang dorang mampu. Tak kisahla dorang pakai duit dorang sendiri ataupun duit mak ayah dorang. Itu hak dorang.

Namun, Skype tak berapa setuju/suka dengan tema yang diguna pakai pada majlis bersiram (majlis bersiram tu ape? Skype xpenah tau pun..huhu). Majlis bersiram nie Skype tengok tema dia dah macam ikut barat dah, dengan orangnya yang tak tutup aurat pastu men baling2 bunga pastu plak dok tuang air ape ntah .(adoii..macam-macam) Rasanya kalau dorang nak tuang air tu xkesah kot tapi pilihla kaler len sket..macam warna biru ke, purple ke & etc. Nie tak kaler same cam wain je…

Skype tak hairan sebenarnya majlis dorang ‘grand’ sebab maybe dorang dah biasa dengan kemewahan. Tapi sayangnya nilai-nilai Islam kurang diterapkan pada majlis perkahwinan dorang. terlalu ikutkan barat. Sayang, seribu kali sayang…

Kepada kita semua yang sederhana nie, lakukanlah upacara perkahwinan kita dengan penuh kesederhaan dan berlandaskan agama kita yakni ISLAM. Skype percaya tang laki tak kisah sangat bab ‘grand’ tak ‘grand’ ni tapi tang pompuanla yang biasanya dok nak macam nie. (jangan marah ye..hehe)

Ade beberapa keping gambar menarik bagi Skype sekitar majlis mereka yang Skype printscreen untuk korang semua layan…Layaannn… :)

Kolam Naza Kolam renang berlambangkan NAZA…

kakaknya Agak2 kakak dia kat sebelah tu solo lagik tak? Hahaha…

"Wedding is only a door to the marriage house. Why should we spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the inside of the house is then left empty, dark and unattractive?"



20 September, 2010

Lagenda Budak Setan vs Ali Setan

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya entri kali ini tiada kaitan pun dengan filem Lagenda Budak Setan, sebaliknya saya memetik sebuah email yang dihantar oleh rakan tentang kisah saudara Azmil Mustapha. Apabila disebut nama Azmil Mustapha, majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan, ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen, semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

Azmil MustafaSaudara Azmil Mustafa 

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

bergambar-bersama-pelakon-azmil-mustafa-dan-keluarganya-yang-kini-tingal-di-damsyikSaudara Azmil Mustafa bersama keluarganya. 

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....

kredit: WanWMA

18 September, 2010

Perginya Blogger Yang Bernama TTT

Assalamualaikum semua,

TTT

Malam nie ntah tiba2 Skype rasa rajin plak nak blogwalking. Actually, mood Skype nak blogwalking masih lagi suam-suam kuku. Tadi Skype blogwalking kat blog Ben & ternampak tajuk en3 ‘Al-Fatihah buat TTT’. Ya Allah, betul ke tajuk en3 tu..?
Lepas tue Skype buka en3 tu & baca satu persatu & ternyata ianya adalah benar. Tersentap hati Skype seketika selepas dapat tahu hal nie. Mana taknya, dulu Skype boleh dikatakan baik dengan arwah & Skype dah anggap arwah sebagai kakak Skype dah. Arwah dikatakan meninggal malam semalam iaitu pada 17 September 2010 (masa tidak diketahui) ketika sedang tidur. Sebelum nie arwah dikatakan mengidap kanser serviks. Jenazah arwah akan dikebumikan di Sarawak. (Skype xconfirm bila tapi meb esok @ lusa).
Toh Tuan Tanah adalah seorang blogger yang disayangi ramai dek kerana kemanjaannya dan keramahannya melayan blogger2 lain. Selain itu, TTT jugak seorang yang pemurah. Kenapa Skype cakap pemurah?Sebab pernah satu ketika dulu arwah pernah buat kontest yang mana hadiahnya adalah Blackberry. Bukan sebijik tau tapi 4 bijik…dan difikiran Skype masa tue mesti keluarga arwah orang kaya. Namun kaya @ tidak itu bukan halnya tetapi kemurahan hati arwah untuk bagi hadiah yang begitu mahal kepada orang yang arwah tak kenali itulah yang membuatkan ramai bloggers rapat ngan arwah.
Skype mengenali arwah lebih kurang 6 bulan yang lalu, ikhlas Skype cakap yang blog arwah adalah salah satu blog yang selalu Skype terjah. Kalau korang tengok dekat blog list Skype kat tepi tu pun memang ade blog arwah. Sebelum nie Skype dah tau arwah sakit tapi sakit ape tu tak tahulah sebab arwah rahsiakan. Skype tak sangka langsung yang sakit arwah tue menyebabkan arwah pergi untuk selama-lamanya. Ingatkan arwah akan sembuh tapi rupanya…. :(
2 minggu yang lepas baru jer Skype mesej Kila. Skype mesej Kila sebab Kila tahu no phone arwah dan selalu jugak mesej arwah.
image
Sekarang baru Skype perasan yang blog arwah tak boleh bukak adalah petanda kepada pemergiannya. Kenapa Skype cakap macam tu? Sebab Skype ada pengalaman yang mana kawan Skype baru jer meninggal seminggu sebelum raya hari tue dan seminggu sebelum tu jugak, kedua2 kereta milik keluarganya rosak. Salah sebuah kereta tersebut adalah kereta yang selalu arwah naik. Bukan saje kereta tetapi handphone arwah yang dia telah jualkan pada Skype dulu pun turut rosak.
Itulah namanya petanda orang yang akan pergi meninggalkan kita. Namun kita tidak akan sedar melainkan selepas ianya pergi. Namun yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi. Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin kepada arwah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang baik.
- AL-FATIHAH -
al-fatihah
:: Semoga kamu tenang disana ::

17 September, 2010

Raya Oh Raya

Assalamualaikum semua,

Lame betul Skype xupdates blog, rindu giler rasenye kat kawan2 blogger. Sejak Skype ade masalah untuk buang disqus komen kat blog Skype hari tu terus Skype xde mood nak updates blog. Alhamdulillah, skang nie blog Skype da ok balik dah…baru de mood nak updates blog balik.

Skang nie dah seminggu satu hari kita menyambut hari raya puasakan…cane ngan raya korang sume? Mesti bestkan…hu3. Raya tahun nie Skype kena keje, sedey tak dapat beraya kat kampung raya pertama tahun nie tapi best jugak rasenye raya kat pejabat tahun nie. Dahla kawan2 yang keje ngan Skype kali nie adalah kawan2 yang kepala gila2. Memang best giler r…

Oh yer..hari tu Skype ada buat satu video ucapan raya untuk semua & Skype dah letakkan kat fb. Hari nie Skype nak letak kat blog plak…ingat nak letak hari tu lagi tapi disebabkan xde mood Skype biarkan je  dulu. Jom layan video ucapan raya nie Skype… :)

Skype mintak maaf sebab xsebut skali ucapan nie untuk blogger2, bukan pe..dalam skrip yang Skype tulis sebenarnya ada tapi bila on air tak terkeluar plak…he3. Dan dikesempatan nie jugak Skype nak ucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin kepada korang sume para blogger.

Tahun nie Skype dapat beraya kat umah bermula daripada raya ke-3. Apa yang tak bestnye bila balik kampung lambat adalah feel mintak maaf ngan mak ayah, rase cam balik kampung biasa jer. Tapi xpela, nak buat canekan…terpaksa keje. Orang lain Skype rase ada yang lagi sedey, langsung xdapat balik kampung.

Oh yer, Skype ada satu lagi video sebagai selingan. Video lawak aidilfitri…korang layan ek…

Kat bawah nie plak gambar Skype beraya kat ofis..Jom Layan…

:: makanan kitorang di pagi raya ::

:: kawan Skype yang kuat makan ::

:: tengok, dia dah makan dah…hu3.. ::

:: Skype yang rajin sedang menghidangkan makanan..hu3.. ::

:: Satay | Lemang | Ketupat | Rendang | Nasi Minyak | Nasi Himpit ::

:: Kawan Skype dah lapar dah tue ::

    :: The Specktakles ::

:: The Macho’s Man ::

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN



Related Posts with Thumbnails