RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

31 December, 2011

Gunung Berjalan Bukti Kebenaran Al-Quran

Asslamualaikum & Salam Sejahtera,

Gunung-Ganang

Pergerakan Gunung

Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surat An-Naml 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat.

Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut :

Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil.

Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya.Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu keajaiban Al Qur’an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.

Wallahu’alam….

-sumber: http://hasnulhadiahmad.com -

28 December, 2011

Kebenaran Al-Quran | Misteri Binaan Piramid Terjawab!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

piramid

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”

(Al-Qasas: 38)

Piramid 2

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Kebenaran-Al-Quran-Misteri-Binaan-Piramid-Terjawab-Part-2

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri).

Kebenaran-Al-Quran-Misteri-Binaan-Piramid-Terjawab-Part-3

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Tuangan Batu

Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Mesir

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Wallahu’alam….

 

Salam Ukhwah,

- sumber: http://hasnulhadiahmad.com -

30 October, 2011

Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand – JOM DERMA!!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

gambar banjir di thailand 333

Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas. Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober 2011).

Banjir ini juga melanda 15,000 buah rumah atau 30,000 orang penduduk muslim di Thailand yang kebanyakan orang Islam di Thailand tinggal di tepi sungai Cau Praya. Separuh daripada mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara Banjir. Di pusat penempatan sementara ini kebiasaannya agak susah untuk mereka mendapatkan makanan yang halal. Beberapa NGO Islam di sana termasuk WAMY Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke penempatan sementara ini. Sumbangan kewangan juga diperlukan untuk mereka memulakan hidup baru selepas kembali ke rumah masing-masing apabila banjir surut nanti.

Tabung Kasih Ummah Thailand

Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berusaha untuk membantu khususnya umat Islam di Thailand dengan mewujudkan sebuah tabung khas iaitu "TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND" pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011. NICE meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM20K sehingga 9 Zulhijjah 1432H (5 Nov 2011). Wakil NICE akan berada di Thailand untuk membuat serahan terus kepada umat Islam di sana pada Hari Raya Eidul Adha nanti.

Sumbangan kepada tabung ini boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama "PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA". Sila maklumkan sumbangan tuan/puan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada wmzukri@readnetwork.com.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Al-Baqarah 2:261

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand

Sukarelawan dari NGO tempatan Thailand.

 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati facebook kat bawah:

Facebook Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Facebook IKRAM Malaysia

Website IKRAM Malaysia

 

p/s: Dermalah walau hanya RM5 atau RM10. InsyaAllah, ianya tidak menjejaskan baki duit korang kat dalam bank tu malah korang akan dapat ganjaran di akhirat kelak.

p/s: Kalau yg nak derma banyak macam RM50, RM100, RM500 atau ke atas..digalakkan buat “Transfer Instant” ataupun dalam BM “Pemindahan Segera” sebab “Transfer Instant” lebih selamat kerana bila kita masukkan no akaun, ianya dapat detect nama pemegang akaun tersebut dan kita dpt mengesahkan dgn betul kepada siapa kita masukkan duit tu. Tapi biasala, bila dah ade kelebihan mesti kena caj lebih gak tapi tak banyak pun bank caj, dalam RM2 jer. Klu blh derma RM50, takkan tak boleh nak tambah lagi RM2kan. Lagipun kaedah nie lebih selamat.

27 October, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

42-19721872

Kali nie aku nak kongsikan cara pemakanan Rasulullah S.A.W. Sebelum nie memang aku ada terbaca dah pasal cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah dan cuba amalkan tapi kejap jer aku amalkan lepas tu back to normal.

Itulah manusia, selalu perlu diingatkan. Melalui perkongsian nie, aku harap kita dapat saling mengingati antara satu sama lain dan bila korang dah baca nie pun harap boleh kongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Sejak akhir-akhir aku baru perasan yang setiap kali aku minum, aku selalu pegang gelas dengan tangan kiri. Bila teguk botol air mineral pun, pegang dengan tangan kiri. MasyaAllah, dah berapa lama agaknya aku dah pakai tangan kiri untuk minum air nie sampaikan aku try ubah untuk guna tangan kanan pun dah jadi kekok.

Korang cane? Korang pakai tangan mane nak minum air tu? Baik korang check..kadang-kadang kita tak perasan kecuali apabila ditegur.

Ok, jom kita baca cara pemakanan Rasulullah plak.

Dalam kitab, Nabi melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

1) Jangan makan SUSU + DAGING
2) Jangan makan DAGING + IKAN
3) Jangan makan IKAN + SUSU
4) Jangan makan AYAM + SUSU
5) Jangan makan IKAN + TELUR
6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7) Jangan makan SUSU + CUKA
8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Amacam? Berbezakan dengan apa yang kita dok amalkan selama nie kan. Memang berbeza sangat-sangat. Kenapa berbeza? Sebab kita tak belajar..kenapa kita tak belajar Sebab kita tak pergi masjid/surau untuk belajar. Jangan dok harap benda-benda nie akan datang depan muka kita jer. Jenguk2la masjid/surau dekat dengan umah kita tue.

Ok, skang kita pergi pula kepada cara Rasulullah makan.

Kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

InsyaAllah, sama-sama kita amalkan.

 

Salam Ukhwah,

15 October, 2011

Komandan & 37 Parajurit Pengaman Masuk Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

prajurit pengaman

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!

 

Salam Ukhwah,

11 October, 2011

[Gambar] Ustaz Nasrudin Hassan Ngeteh Bersama Ahmad Idham

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Petang semalam, 10 Oktober 2011, Ustaz Nasrudin Hassan telah menemui seorang pengarah filem yang telah mencetuskan kontroversi dalam filem arahannya baru-baru ini iaitu Hantu Bonceng. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Idham.

Aku tak tahu apa motif pertemuan dorang nie..tapi melihatkan daripada komen-komen yang terdapat kat gambar tu, ada yang bermacam-macam andaian dilakukan..antaranya:

  • memberi teguran/berbincang mengenai filem Hantu Bonceng yang menjadi kontroversi tempoh hari.
  • berbincang & memberi idea kepada saudara Ahmad Idham supaya menghasilkan filem yang ke arah Islam.
  • berbincang mengenai perancangan PAS untuk menghasilkan filem sejarah.
  • berbincang mengenai masalah ummat. (nie jawapan drp Ust Nasrudin sendiri)

 

 

 

Turut serta dalam pertemuan/perbincangan ini adalah Ustaz Nik Abduh. Salah seorang tokoh agama yang aku kagumi. Namun apa yang diharapkan adalah supaya pertemuan/perbincangan ini dapat menghasilkan satu kerjasama atau cetusan idea dalam merubah industri perfileman yang ada sekarang kepada yang lebih baik & menepati hukum syarak.

 

 

Aku juga cukup kagum dengan Ustaz Nasrudin yang telah cuba untuk mendekati mereka-mereka ini walaupun mungkin Ahmad Idham nie berlainan fahaman politiknya tetapi masih dapat menerima pelawaan Ustaz Nasrudin untuk berbincang.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan ada sesuatu yang baik daripada pertemuan ini. InsyaAllah.

 

Salam Ukhwah,

29 September, 2011

[Gambar] Ribut di Kuala Terengganu – 27/09/2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita telah ketahui, 2 hari yang lepas telah berlaku ribut di Kuala Terengganu lebih kurang jam 9 malam dan telah menyebabkan beberapa kerosakan di kawasan dataran Shahbandar & sekitarnya. Tempat lain tak silap aku ade jugak yang kena ribut..tapi apa nama tempat tu aku tak pasti sebab semalam just baca sekali lalu jer.

Ribut nie adalah ribut kedua yang berlaku selepas ianya berlaku pada Jun 2011 yang lalu. Mengikut berita-berita yang dilaporkan & updates status rakan2 melalui facebook, ribut nie berlaku dalam 10 minit..ade jugak yang cakap 30 minit. So, meb ni depends on tempat kot.

Aku ade beberapa keping gambar yang di share ngan korang. Gambar di ambil kat fan page Ustaz Azhar Idrus.

 

Sama-sama kita renungkan…

Ribut KT01Sekitar padang Syahbandar..

 Ribut KT02Sekitar padang Syahbandar..

 

Ribut KT03  Sekitar padang Syahbandar..

 

Ribut KT04Pekerja bandaran sedang membersihkan tempat kejadian..

 

Ribut KT05 Pokok tumbang merata tempat...

 

Ribut KT06Ntahla, TM punya ke TNB punya..

 

Ribut KT07  Tiang bendera yang diterbangkan ribut..

 

Ribut KT08Jeti bot penambang runtuh..

 

Ribut KT09Jeti bot penambang yang baru siap..

 

Ribut KT10   Sekitar dataran Shahbandar…

 

Ribut KT11 Pentas nyayian/tarian…

 

Ribut KT12 Papan tanda ini menimbulkan sedikit keraguan/tanda tanya…

 

p/s: ALLAH nak turunkan bala tak kira tempat, tak kira negeri, tak kira parti apa yang memerintah sesebuah tempat itu TAPI mungkin ada sesuatu ALLAH nak tunjukkan kat kita kenapa ALLAH turunkan ujian/bala macam nie kat kita.

Salam Ukhwah,

28 September, 2011

Senarai Speed Trap Terbaru di Bawah Flyover

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

speed trap at flyover

Sebelum nie aku adala dengar yang speed trap akan di pasang kat flyover tapi aku ingat just rumors je... Rupa-rupanya memang betul tapi mujurla kat tempat aku nie takde..ahakss..

Kebanyakan speed trap nie di pasang kat bandar2 besar, di kawasan jalan lurus yang korang suka sangat pecut dan di kawasan yang ade flyover. Mengikut list yang aku dapat nie, ade beberapa negeri yang telahpun dipasang speed trap nie seperti KL, Selangor, Johor, Perlis, Kedah, Penang dan Perak.

Lepas nie korang kena berhati-hatila nampaknya, mana taknya saman skang dah takde diskaun2 dah. Skali kena terus RM300 melayang.

Kejap2, aku ade jugak saman nie..kena kat Bentong masa aku balik daripada outstation kat KL hujung bulan Julai hari tu. Jap aku check…

Aik..apsal dorang naikkan saman aku??? Padahal masa aku check dalam bulan Ogos hari tu, saman aku just RM150 jer. nie dah naik jadi RM200. 50 hengget tu dorang naikkan nie. Nie yang aku rasa nak maki hamun jer POLIS yang buat keje nie..(bukan semua tapi sebilangan).

Tanpa bagi sebarang notis atau apa-apa PENJELASAN, dorang telah naikkan harga saman aku. Kalau nak naikkan sekalipun bagilah penjelasan kenapa saman aku dinaikkan. Siot jer polis yang melakukan perkara itu.

Oklah, korang bacalah senarai tempat speed trap yang telahpun berada di pasaran nie.

Aku nak sejukkan hati yang sedang membara nie… #%*$#%&#*!%

angry_face

KL & SELANGOR

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h.

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

******************************************************************

JOHOR

South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*At 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

******************************************************************

PERLIS, KEDAH DAN PENANG

North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

******************************************************************

PERAK

North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

 

Semoga korang bergembira dengan speed trap nie sebab speed trap nie bukan untuk membebankan korang tapi untuk memberi peringatan korang supaya bawak kereta tu perlahan-lahan sket. Jangan main pulun jer bawak kereta tu.

Tapi kalau speed trap tu saman korang kat tempat yang korang tak pernah lalu atau saman korang bawak laju padahal korang bawak 20km/j je (walaupun kete korang kete Merc) kat jalan tu..korang should take action. Jangan bagi muka dorang saman korang. Itu tidak adil!!!

 

Salam Ukhwah,

20 September, 2011

Setelah Sekian Lama…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama tak update blog akhirnya hari nie ade peluang jugak untuk aku update. Namun kali nie, aku cuba untuk memberikan kelainan terhadap blog aku nie. Kelainan dari pelbagai segi. Bukan dah tak nak share pasal info2 dan ilmu2 agama tapi kali nie aku cuba untuk memberi nafas baru bagi blog aku nie.

Lagipun aku bukan oranya yang selayaknya untuk share pasal agama nie. Tapi bagi korang, jangan malu2 nak share pasal agama. Teruskan dan teruskan. Ya, meb kita bukan orang alim mahupun berpengetahuan luas dalam bidang agama tapi kita punya tanggungjawab terhadap agama kita.

IMG_5474

Apa yang aku nampak, remaja2 skang terhalang untuk share pasal agama disebabkan their life. Yela..korang tau jela perangai budak2 zaman skang canekan tapi sesetengah mereka nie still punya hati yang mahukan agama Islam tersebar & dipelihara dengan baik.

Lagi satu apa yang aku perasan, seseorang itu terhalang daripada menegakkan, menyebarkan & mengamalkan agama adalah disebabkan couple mereka. Korang taula canekan couple zaman skang…extremmmm giler sampaikan aku letak 3kali M kat perkataan extrem tu.. Yela, pegang2 tangan dah jadi perkara biasa dah pastu pegang benda lain lak dah jadi terlebih biasa. Ermm..perkara canila yang menyebabkan mereka nie takut untuk bercakap pasal Islam. Lebih2 lagi kat facebook.

Jadi, kepada pasangan bercouple..walaupun korang buat dosa dengan awek/pakwe korang, janganlah korang malu2 nak sebarkan info2 pasal Islam. InsyaAllah dengan kebaikan yang korang buat tu akan membuatkan korang menjauhi maksiat yang korang buat tu. Tapi ingat, apa yang korang buat dengan awek/pakwe korang still dosa yang akan dihitung di akhirat kelak. Maka, tadahlah tangan dan mohonlah ampun kepada yang MAHA ESA.

Aku bukan menggalakkan dorang buat maksiat tapi jika dorang buat maksiat & pada masa yang sama mereka tak buat kebaikan maka apa yang kita takut adalah mereka lebih jauh daripada Allah.

Ok2, kita balik kepada nafas baru untuk blog aku nie..

Salah satu contoh yang korang boleh nampak skang nie adalah daripada entri nie iaitu penggunaan kata ganti diri bagi diri aku. Sebelum nie aku dok guna ‘saya’ ataupun ‘Skype’ tapi kali nie aku nak guna ‘Aku’ plak. Sebenarnya bukan ape, just nak cari kelainan terhadap blog. Kadang2 kita perlu ada pembaharuan jugak dalam hidup kita nie but must be carefull..jangan sampai pembaharuan tu makan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat.

Ok, kali nie aku cuba untuk share life hidup aku ngan korang semua. Share my life? Sound like difficult to me sebab aku seorang yang perahsia dan pemalu orangnya. Ahakss.. Yapp..aku memang perahsia orangnya. Aku tak suka sesetengah hal hidup aku dikongsikan dengan orang lain. Why???

Ada perkara yang boleh aku kongsikan dengan korang semua tapi bukan semua dan aku bukan jenis person yang punya masa nak share dekat blog perkara yang aku buat hari-hari. Macam hari nie aku g kedai beli makanan kucing p2 aku ambik gambar tuan punya kedai masukkan dalam blog aku p2 cakap..”Inilah tuan kedai yang baik hati itu.” pastu aku masukkan gambar aku skali tengah gedik2 kenyit mata kat tuan kedai tu. Aduhh..annoying right? hahahaha….

Ok..jangan ambil hati. Aku gurau jer…lantakla korang nak share papepun dalam blog korang asalkan apa yang korang share tak langgar hukum Islam. Tu jer…

p/s: Kawan2 sekerja aku yang baca blog nie mesti gelakkan aku bila baca entri nie. Yela..sebelum nie asyik dok share ilmu-ilmu agama tapi skang nie more to personal plak. Tu yang aku cuba berhati-hati bila share pasal personal nie..yela, akukan perahsia..aku tak suka nak share bila aku tunang, cane preparation kahwin aku, bila aku mandi, bila aku beli motor, bila aku pikat awek aku & etc. aku tak suka nak share benda macam tu. Ntahla xtaula nape aku xsuke share benda2 camtu ngn orang lain. Jadi, janganla tanya kecuali aku mintak pendapat. hahaha..punyala panjang p/s:

Oh Tidak!!! Oh yer, pagi tadi tempat kerja aku ade buat jamuan hari raya. Banyak jugak gambar yang disnap oleh photographer upahan kitorang. Nanti aku share.

p/s: Takkan ade sesuatu tanpa adanya tindakan pertama. Winking smile

 

Salam Ukhwah.

22 August, 2011

Hukum Jimak Isteri di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Semalam, seorang sahabat telah sms saya dan bertanya kepada saya mengenai hukum jimak isteri di siang hari pada bulan Ramadhan. Sahabat saya nie bertanya bagi pihak kawannya yang baru saja berkahwin sebelum Ramadhan hari tu. Siapa orangnya tak payah den khabarkan ye..kan malu pulak dia.

Saya respek kawan kepada sahabat saya tu kerana berani untuk bertanyakan hal ni secara direct dengan sahabat saya. Ya, mungkin kita terasa malu tapi baik tanya daripada terus menanggung dosa.

cincin-1-of-1

Biasalah orang baru kahwin..kadang-kadang susah sket nak kontrolkan. Walaupun syaitan dah takde tapi nafsu tetap ade lagi dalam diri kita lebih-lebih lagi nafsu lelaki hanya satu iaitu seks. Namun bila berada di alam perkahwinan seks itu adalah HALAL kecuali pada waktu-waktu yang di larang oleh Allah.

Sebenanya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk jawab soalan yang beliau ajukan tu tapi dah dia tanya jadi saya cuba jawablah. Lagipun saya tahu, sahabat saya tu bukan kaki internet so dorang tak tahula nak cari dekat mane. Jawapan saya nie pun saya tengok kat internet. Saya tengok dekat blog beberapa cendiakawan Islam dan juga beberapa forum Islam.

Hukum

Hukum suami isteri yang melakukan jimak pada siang hari di bulan Ramadhan adalah HARAM dan wajib dikenakan KAFFARAH.

Apakah KAFFARAH?

Dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud menutup. Di namakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Dari sudut istilah pula ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

  • Wajib puasa 2 bulan berturut-turut.
  • Jika tidak mampu berpuasa, merdekakan seorang hamba.
  • Jika tidak mampu merdeka hamba, beri makan kepada 60 orang fakir miskin (secupak seorang).

Taksiran

1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg

Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh :

Kafarah
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00.

Rumusan

Begitulah rumusannya mengikut pembacaan saya di beberapa buah website, blog cendiakawan Islam serta beberapa forum. Tinggal lagi adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakan kaffarah itu.

Jadi, saya sarankan kepada anda yang mengalami perkara nie..sila rujuk kepada imam/ustaz di tempat anda. InsyaAllah, mereka boleh bantu.

*Sila tegur saya jika ada kesilapan dalam saya menulis entri ini.

sumber: halaqah.net, MAIWP, abuumair1, serta video2 ceramah drp cendiakawan Islam.

 

Salam Ukhwah,

Bala Akibat Berzina Dengan Ibu Sendiri

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan peluang kepada kita untuk masih lagi meneruskan puasa hari ini. Mungkinkah Allah akan bagi peluang lagi sehingga hari esok? Itu belum pasti kerana ajal, maut semuanya DIA yang tentukan.

Jadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku keesokan hari. Adakah tengahari esok Allah akan tarik nyawa kita atau Allah masih lagi nak bagi peluang kat kita untuk mohon ampun atas segala dosa-dosa & nak bagi peluang kepada kita untuk sujud kepada-NYA?

Tu semua Allah Taala punya kerja dan kita takkan tahu bila ajal kita akan sampai. Jadi, sama2la kita memperbanyakkan amalan kita, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie. Begitu banyak ganjaran yang Allah janjikan kepada kita dan salah satunya adalah malam lailatulqadar. MasyaAllah, begitu pemurahkan Tuhan kita. Tapi kita still tak nak ambil peluang nie.

Bukan ditujukan kepada korang je tetapi kepada Skype sendiri kerana Skype pun jenis yang ting tong jugak. Kadang-kadang betul, kadang-kadang giler jugak..So, sama2la kita tegur-menegur supaya kita tidak terus lalai dengan ‘nikmat’ dunia nie.

Ok, kali nie Skype nak kongsikan satu cerita benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba. Selamat membaca & menghayati.

==========================================================

xcident

- gambar hiasan -

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. Cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. Ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ke tempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa-apa yang terjadi disana.

Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.

Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy.... mummy.... mummy......Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang.

Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah.

Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah
dia malaikat maut yang dikatakan itu".

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat di pisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yangmemancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.

Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???

Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur...

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

hell-lake-of-fire

Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?Mereka akan melakukankemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita.

Mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? Mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku?

Mengapa aku di tipu? Mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun.

Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat daripada kita.

Wallahuahlam,

 

Salam Ukhwah.

17 August, 2011

[Gambar] Isi Kandungan Kaabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

kota-mekah

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai. Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

dalam Kaabah

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran. “Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah. Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal. Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

pintu Kaabah

Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya. Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

kredit : info-gallery

11 August, 2011

Isu Murtad: Kisah Sebenar Pemeriksaan JAIS Beserta Bukti!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita ketahui, hangat diperkatakan isu ‘serbuan’ JAIS ke atas sebuah gereja tempoh hari. Namun tahukah kita bahawa JAIS bukan melakukan ‘serbuan’ sepertimana yang digembar-gemburkan media tetapi mereka melakukan pemeriksaan.

45 badan NGO telahpun bergabung untuk membetulkan keadaan ini dan menyokong sepenuhnya tindakan JAIS tempoh hari. Untuk penerangan lanjut, korang boleh baca kat bawah nie.

=========================================================================

Jais-logo

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa. Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik. Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik. Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum. Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam. Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah? Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan. Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini. Masjid dan surau pantaulah benda ini. Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

 

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

 

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.

Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

jais3

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI

Di sini saya senaraikan berberapa tempat penyebaran dakwah kristian di sekitar lembah klang, modius operandi mereka cukup simple, buat majlis makan-makan, target mereka adalah orang islam yang susah dan miskin yang tak dibantu oleh jabatan kebajikan masyarakat atau jabatan agama islam atau baitumal, mereka bagi makan kenyang-kenyang, lepas tu pelan-pelan cucuk jarum dengan doa dan nyanyian kristian, doa dan nyayian tu dalam bahasa melayu.

  1. Gereja Bukit Nenas – Setiap Tengahari dan Weekdays
  2. Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas – Foods Not Bomb
  3. Setiap Pagi – Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street.
  4. Setiap Pagi Hari Rabu – Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka.
  5. Setiap Petang Ahad – Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR.
  6. Setiap Hari – Gereja Kedai Bangsar Utama
  7. Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang.

Majoritinya Melayu Islam yang datang sini dapat makan free. Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang,Majoriti Pesakitnya Melayu Islam!

 

sumber: islamituindah.my & denaihati

 

p/s: banyak pihak sebenarnya yang perlu ambil perhatian tentang hal nie. pemimpin negara & pemimpin2 agama perlu duduk semeja bagi menangani perkara nie. tolak tepi dulu pasal politik.

p/s: satu kapal tak semestinya sama pendapat..

 

Salam Ukhwah,

09 August, 2011

Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

sidangmedia-400x300

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

NGO-Islam-pertahan-Jais

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Sungai-Buloh-20110808-00762-225x300

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

 

sumber: FreeMalaysiaToday

Kisah Budak Penjual Kuih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Budak Penjual Kuih

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya kembali.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

 

p/s: Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.

 

Salam Ukhwah,

05 August, 2011

Ini Kisahku | Sham Kamikaze

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

sham kamikaze ft dr asri

Seperti yang kita telah ketahui, saudara Sham Kamikaze atau nama sebenar beliau Shamril Mohd. Salleh telah berubah ke arah yang lebih baik setelah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Kali nie TV9 telah menerbitkan sebuah siri Ini Kisahku yang mana memaparkan kisah perubahan beberapa orang selebriti masyarakat yang telah mendapat hidayah daripada Alla Taala. Saudara Sham Kamikaze juga salah seorang darinya dan mari kita saksikan video yang cukup menarik untuk kita kongsikan bersama. InsyaAllah..

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze Part 1

 

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze Part 2

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana telah memberi hidaya kepada Sham. Bila tengok video nie rasa macam diri nie jahil sangat. Yela, Skype bukannya baik pun..kadang-kadang solat pun tertinggal..kalau tak sengaja tak pe tapi ade jugak sengaja tinggal tuh. Adooii..mintak2la Allah tak jauhkan diri-NYA daripada Skype. Kalau dah hiraukan kita sape lagi nak hiraukan kita?

InsyaAllah, semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah Taala. Oh yer, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia & umat yang berada di atas muka bumi Alla ini. Semoga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t.

p/s: kalau korang nak share entri nie kat wall FB korang, dipersilakan. InsyaAllah, semoga kita sama2 dapat pahala daripada nie. InsyaAllah…

 

Salam Ukhwah,

Related Posts with Thumbnails