Assalamualaikum semua,
Hye…apa kaba korang sume? Skype harap korang sume sihat k, klu xsihat jangan mengeluh…tu mungkin ujian ALLAH kat kita tau. Dah seminggu Skype xupdates blog nie, nak blogwalking pun xsempat. Semuanya bermula pada 15 Mei yang lepas, iaitu selepas Skype join hari keluarga kat tempat Skype. Malam tu bukan main hepi lagi, makan xsoh cakap r…Skype makan segala hidangan yang ada. Lepas tu keesokannya Skype sepatutnya ke KL untuk menghadiri kursus tapi disebabkan sakit kepala & lambat bangun tido(hehehe…) Skype tak jadi pegi. Lepas batalkan kursus tu ingat bolehla rilek2 tapi tak boleh rileks jugak sebab petang tu Skype ade meeting ngan executive Skype daripada KL. Walaupun sakit kepala, Skype tetap pegi jugak meeting petang tue. Meeting punya meeting, kitorang berhenti makan kul 7 malam, kepala Skype semakin sakit & Skype muntah, mjurla Skype muntah kat tandas. Kalau tak jenuh kena cuci.huhuhu….
Hari tu rasa cam azab sangat. Letih woo muntah…Dada lak rasa cam susah nak bernafas. Lepas solat maghrib,Skype tido kat ofis sampaila meeting habis kul11mlm.(Sori tony,i skip dat meting). Pada keesokan harinya keadaan Skype masih lagi lemah tapi Skype terpaksa gak ke pejabat pos untuk poskan barang kawan Skype. Kalau ikutkan keadaan yang xsihat nie, Skype memang xnak pergi tapi disebabkan dah janji terpaksala Skype go on. Otw ke pejabat pos, Skype eksiden tapi jangan risau Skype “OK”. Skype langgar belakang kereta viva. Viva tu baru je kuar 6 bulan. Sian viva tu baru kuar dah kena tukar bumper baru. Skype ngan kete Nissan kawan Skype mase tu. Kete kawan Skype rosak bonet depan tapi xdela teruk sangat p2 lampu depan pecah sket. Yang teruk sket viva tu la….
Dahla tengah sakit p2 langgar plak kete orang p2 kena bayar lak kos pembaikan kete viva tu. Skype ingat nak buat report tapi disebabkan xnak menyusahkan kawan Skype so ambik decission untuk bayar jer kos pembaikan tu. RM695 woo…terduduk jugak Skype memikirkan nilai tu. Skype bayar separuh-separuh…baru xrasa banyak. Terbang camtu jer duit Skype….sob3 tapi mujurla Skype cepat sedar yang semua yang ada kat Skype nie adalah pinjaman daripada YANG MAHA ESA. Jadi..tak terasa sangatla kehilangan rm695 tuh & Skype percaya buat baik dibalas baik & then kepercayaan Skype tu diperkuatkan apabila owner viva tersebut suruh Skype bayar just rm500 jer. Meb dia kesian & terpaku dengan kelembutan Skype melayan sms & panggilan dengan penuh sopan-santun. Yela, dalam kes eksiden nie..biasanya masing2 cuba untuk protect diri masing drp disalahkan tapi Skype cakap elok2 ngan dia walaupun eksiden nie berpunca daripada orang lain. Thanx y*n*i...
Selain itu, Skype fikir ini ujian bagi Skype & ianya dapat memberikan pengalaman kepada Skype jika perkara sedemikian berulang. En3 akan datang, InsyaAllah skype akan kongsikan dengan korang cane korang nak hadapi situasi nie.
Kini, hatiku lebih tenang….. :)
Adiosa!
8 comments:
cheer up yea skype
biase la hidup mmg mcm ni
be strong n chaiyok3 ok :)
get well soon dear (◕‿◕✿)
thanx TTT to give support...
yeah, skype will be strong after diz... :)
macam2 dugaan yang kita hadapi dalam hidup ini, namun semuanya itu mematangkan kita. ingatkan kereta atas pokok tu yang bermasalah
thats my boy !
(◕‿◕✿)
hehe...
nak tny sket TTT...abe TTT & TTT minat team ape ek world cup nie?
btl tu bro...ianya mematangkan ak. dugaan2...huhu...
kereta tu mmg bmasalah pn...xtau cane nak turunkan...tlg bley?hahah...
xtau la abe tu minat ape.. spain kot..die ngan bini die mmg gile bola sampai xtdo mlm XD
TTT xsuke bola..xphm camne main.. hehe
ooo...TTT xphm ek, xpela....igtkan TTT minat bola gak... :D
Post a Comment