RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

22 August, 2011

Hukum Jimak Isteri di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Semalam, seorang sahabat telah sms saya dan bertanya kepada saya mengenai hukum jimak isteri di siang hari pada bulan Ramadhan. Sahabat saya nie bertanya bagi pihak kawannya yang baru saja berkahwin sebelum Ramadhan hari tu. Siapa orangnya tak payah den khabarkan ye..kan malu pulak dia.

Saya respek kawan kepada sahabat saya tu kerana berani untuk bertanyakan hal ni secara direct dengan sahabat saya. Ya, mungkin kita terasa malu tapi baik tanya daripada terus menanggung dosa.

cincin-1-of-1

Biasalah orang baru kahwin..kadang-kadang susah sket nak kontrolkan. Walaupun syaitan dah takde tapi nafsu tetap ade lagi dalam diri kita lebih-lebih lagi nafsu lelaki hanya satu iaitu seks. Namun bila berada di alam perkahwinan seks itu adalah HALAL kecuali pada waktu-waktu yang di larang oleh Allah.

Sebenanya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk jawab soalan yang beliau ajukan tu tapi dah dia tanya jadi saya cuba jawablah. Lagipun saya tahu, sahabat saya tu bukan kaki internet so dorang tak tahula nak cari dekat mane. Jawapan saya nie pun saya tengok kat internet. Saya tengok dekat blog beberapa cendiakawan Islam dan juga beberapa forum Islam.

Hukum

Hukum suami isteri yang melakukan jimak pada siang hari di bulan Ramadhan adalah HARAM dan wajib dikenakan KAFFARAH.

Apakah KAFFARAH?

Dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud menutup. Di namakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Dari sudut istilah pula ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

  • Wajib puasa 2 bulan berturut-turut.
  • Jika tidak mampu berpuasa, merdekakan seorang hamba.
  • Jika tidak mampu merdeka hamba, beri makan kepada 60 orang fakir miskin (secupak seorang).

Taksiran

1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg

Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh :

Kafarah
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00.

Rumusan

Begitulah rumusannya mengikut pembacaan saya di beberapa buah website, blog cendiakawan Islam serta beberapa forum. Tinggal lagi adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakan kaffarah itu.

Jadi, saya sarankan kepada anda yang mengalami perkara nie..sila rujuk kepada imam/ustaz di tempat anda. InsyaAllah, mereka boleh bantu.

*Sila tegur saya jika ada kesilapan dalam saya menulis entri ini.

sumber: halaqah.net, MAIWP, abuumair1, serta video2 ceramah drp cendiakawan Islam.

 

Salam Ukhwah,

Bala Akibat Berzina Dengan Ibu Sendiri

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan peluang kepada kita untuk masih lagi meneruskan puasa hari ini. Mungkinkah Allah akan bagi peluang lagi sehingga hari esok? Itu belum pasti kerana ajal, maut semuanya DIA yang tentukan.

Jadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku keesokan hari. Adakah tengahari esok Allah akan tarik nyawa kita atau Allah masih lagi nak bagi peluang kat kita untuk mohon ampun atas segala dosa-dosa & nak bagi peluang kepada kita untuk sujud kepada-NYA?

Tu semua Allah Taala punya kerja dan kita takkan tahu bila ajal kita akan sampai. Jadi, sama2la kita memperbanyakkan amalan kita, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie. Begitu banyak ganjaran yang Allah janjikan kepada kita dan salah satunya adalah malam lailatulqadar. MasyaAllah, begitu pemurahkan Tuhan kita. Tapi kita still tak nak ambil peluang nie.

Bukan ditujukan kepada korang je tetapi kepada Skype sendiri kerana Skype pun jenis yang ting tong jugak. Kadang-kadang betul, kadang-kadang giler jugak..So, sama2la kita tegur-menegur supaya kita tidak terus lalai dengan ‘nikmat’ dunia nie.

Ok, kali nie Skype nak kongsikan satu cerita benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba. Selamat membaca & menghayati.

==========================================================

xcident

- gambar hiasan -

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. Cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. Ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ke tempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa-apa yang terjadi disana.

Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.

Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy.... mummy.... mummy......Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang.

Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah.

Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah
dia malaikat maut yang dikatakan itu".

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat di pisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yangmemancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.

Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???

Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur...

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

hell-lake-of-fire

Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?Mereka akan melakukankemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita.

Mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? Mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku?

Mengapa aku di tipu? Mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun.

Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat daripada kita.

Wallahuahlam,

 

Salam Ukhwah.

17 August, 2011

[Gambar] Isi Kandungan Kaabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

kota-mekah

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai. Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

dalam Kaabah

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran. “Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah. Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal. Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

pintu Kaabah

Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya. Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

kredit : info-gallery

11 August, 2011

Isu Murtad: Kisah Sebenar Pemeriksaan JAIS Beserta Bukti!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita ketahui, hangat diperkatakan isu ‘serbuan’ JAIS ke atas sebuah gereja tempoh hari. Namun tahukah kita bahawa JAIS bukan melakukan ‘serbuan’ sepertimana yang digembar-gemburkan media tetapi mereka melakukan pemeriksaan.

45 badan NGO telahpun bergabung untuk membetulkan keadaan ini dan menyokong sepenuhnya tindakan JAIS tempoh hari. Untuk penerangan lanjut, korang boleh baca kat bawah nie.

=========================================================================

Jais-logo

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa. Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik. Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik. Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum. Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam. Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah? Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan. Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini. Masjid dan surau pantaulah benda ini. Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

 

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

 

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.

Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

jais3

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI

Di sini saya senaraikan berberapa tempat penyebaran dakwah kristian di sekitar lembah klang, modius operandi mereka cukup simple, buat majlis makan-makan, target mereka adalah orang islam yang susah dan miskin yang tak dibantu oleh jabatan kebajikan masyarakat atau jabatan agama islam atau baitumal, mereka bagi makan kenyang-kenyang, lepas tu pelan-pelan cucuk jarum dengan doa dan nyanyian kristian, doa dan nyayian tu dalam bahasa melayu.

  1. Gereja Bukit Nenas – Setiap Tengahari dan Weekdays
  2. Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas – Foods Not Bomb
  3. Setiap Pagi – Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street.
  4. Setiap Pagi Hari Rabu – Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka.
  5. Setiap Petang Ahad – Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR.
  6. Setiap Hari – Gereja Kedai Bangsar Utama
  7. Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang.

Majoritinya Melayu Islam yang datang sini dapat makan free. Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang,Majoriti Pesakitnya Melayu Islam!

 

sumber: islamituindah.my & denaihati

 

p/s: banyak pihak sebenarnya yang perlu ambil perhatian tentang hal nie. pemimpin negara & pemimpin2 agama perlu duduk semeja bagi menangani perkara nie. tolak tepi dulu pasal politik.

p/s: satu kapal tak semestinya sama pendapat..

 

Salam Ukhwah,

09 August, 2011

Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

sidangmedia-400x300

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

NGO-Islam-pertahan-Jais

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Sungai-Buloh-20110808-00762-225x300

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

 

sumber: FreeMalaysiaToday

Kisah Budak Penjual Kuih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Budak Penjual Kuih

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya kembali.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

 

p/s: Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.

 

Salam Ukhwah,

05 August, 2011

Ini Kisahku | Sham Kamikaze

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

sham kamikaze ft dr asri

Seperti yang kita telah ketahui, saudara Sham Kamikaze atau nama sebenar beliau Shamril Mohd. Salleh telah berubah ke arah yang lebih baik setelah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Kali nie TV9 telah menerbitkan sebuah siri Ini Kisahku yang mana memaparkan kisah perubahan beberapa orang selebriti masyarakat yang telah mendapat hidayah daripada Alla Taala. Saudara Sham Kamikaze juga salah seorang darinya dan mari kita saksikan video yang cukup menarik untuk kita kongsikan bersama. InsyaAllah..

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze Part 1

 

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze Part 2

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana telah memberi hidaya kepada Sham. Bila tengok video nie rasa macam diri nie jahil sangat. Yela, Skype bukannya baik pun..kadang-kadang solat pun tertinggal..kalau tak sengaja tak pe tapi ade jugak sengaja tinggal tuh. Adooii..mintak2la Allah tak jauhkan diri-NYA daripada Skype. Kalau dah hiraukan kita sape lagi nak hiraukan kita?

InsyaAllah, semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah Taala. Oh yer, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia & umat yang berada di atas muka bumi Alla ini. Semoga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t.

p/s: kalau korang nak share entri nie kat wall FB korang, dipersilakan. InsyaAllah, semoga kita sama2 dapat pahala daripada nie. InsyaAllah…

 

Salam Ukhwah,

04 August, 2011

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung (30-Julai-2011)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dato' Dr. Haron Din

Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengalami serangan sakit jantung sejak hari Sabtu, 30-Julai-2011. Beliau sekarang sedang mendapat rawatan di Institute Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Justeru itu, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bulan dimana doa sangat mustajab, marilah kita sama-sama lakukan solat hajat dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Berikut adalah maklumat terkini yang diterima daripada anak sulung dan menantu Tuan Guru           (Dr. Huda & Dr. Azlin).

Khamis, 4-Ogos-2011

Syukur Alhamdulillah, pada hari ini keadaan Tuan Guru telah beransur pulih. Tuan Guru telah discaj dari IJN pada pagi ini jam 11:30 pagi. Beliau akan berehat beberapa hari.

Rabu, 3-Ogos-2011

Dalam sebulan dua ini kami perasan Tuan Guru kerap menggunakan kembali GTN spray selepas aktiviti yang agak membebankan cuma beliau tidak pernah merungut malah tidak pernah mengadu pada kami ataupun kepada sesiapapun, cuma dalam 2-3 minggu terakhir ini kadangkala terpaksa berhenti sejenak jika jadual yang diaturkan terlalu padat dan mendesak.

Selepas rawatan jantung di Stanford Hospital, genap setahun yang lalu, Tuan Guru tidak memerlukan GTN spray walaupun ketika mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu setiap aktiviti yang telah dirancang diselesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Hujung minggu setiap bulan, Tuan Guru terikat dengan kuliah serta kelas-kelas pengubatan di tiga negeri dengan jarak untuk rehat antara program yang sempit, maka ketika kelas pengubatan di Alor Setar (30 Julai 2011) Tuan Guru mula mendapat serangan-serangan yang agak kuat dan pada malamnya serangan jantung yang kuat, tidak dapat diredakan dengan GTN spray, sehinggakan habis sebotol. Dada seperti dihimpit batu, sesak nafas serta bahu kiri hingga hujung tangan kebas sepenuhnya.

Kami yang telah pulang lebih awal dari Perlis ke Bangi melalui jalan darat mendapat berita dari Perlis. Kami berusaha mengaturkan agar Tuan Guru dapat pulang dengan segera untuk rawatan di IJN, malangnya tiket penerbangan telah habis ditempah pada pagi Ahad (31-Julai-2011). Pertolongan Allah datang melalui seorang hamba Allah yang sudi memberikan tempat duduk penerbangan yang telah ditempahnya kepada Tuan Guru.

Tuan Guru dikejarkan ke Unit Kecemasan IJN. Melalui pemeriksaan dan ECG, Tuan Guru didapati mengalami serangan 'unstable angina' dan perlu dipantau berkala di CCU berserta rawatan. Sehingga ini dua kali ujian angiogram telah dijalankan (Isnin dan Selasa) dan diikuti juga ujian MRI,  tetapi keputusan masih belum muktamad.

Berkat doa semua, Alhamdulillah Tuan Guru semakin pulih.

Keadaan semakin baik dengan parameter yang semakin stabil, seperti laporan Adinda Salwa, Tuan Guru sudah mula berjalan selepas tempoh edah Angiogram. Mula berselera untuk makan. Kini telah dipindahkan ke wad biasa.

Kami masih menuggu keputusan muktamad Dato'Amin dan Dato' Rob untuk perancangan seterusnya setelah keputusan MRI dibahaskan.

Jutaan Terima Kasih pada yang sudi menitipkan doa, hanya Allah yang layak membalasnya.

 

Doa Untuk Tuan Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.

Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Kami bermohon kepada Allah yang maha agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami , ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Amin.

 

Salam Ukhwah,

Related Posts with Thumbnails