RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

07 June, 2011

Isu Video Klip Gambit Saifullah | Ramai Artis Tidak Faham Agama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

imagekeratan Akhbar Harian Metro 

Hari nie kat Harian Metro, Shah Jaszle telahpun memohon maaf kepada peminat atas '”aksinya” di dalam video klip lagu yang mengghairahkan. Berikut adalah kata-kata beliau yang diambil daripada Harian Metro:

Saya hanya menjalankan tugas kerana ia tanggungjawab saya sebagai pelakon… Saya memohon maaf kepada peminat dan tidak menyangka klip video Marilah Menari akan menimbulkan kontroversi yang begitu hebat.” (jika salah tlg betulkan saya)

Jika saudara Shah membaca tulisan nie, saya harap Shah boleh fikir balik bahawa tanggungjawab sebagai pelakon memang patut dilaksanakan tapi saudara perlu ingat bahawa tanggungjawab saudara terhadap Allah s.w.t lebih utama dan wajib dilaksanakan.

Jika seseorang pengarah mengarahkan saudara melakonkan watak bersentuhan dengan yang bukan muhrim maka sebagai seorang Islam saudara wajib menolak ‘tanggungjawab’ itu kerana Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa ianya HARAM. Saya pasti saudara Shah dan artis-artis lain juga tahu akan hukum ini.

lords1

Tapi saudara dan rakan artis lain tetap juga lakukan dengan alasan tanggungjawab, nak cari rezeki dan lain-lain. Allah tidak kejam kepada hamba-NYA, setiap orang dikurniakan rezeki masing2. Ya, mungkin rezeki anda di bidang lakonan tapi anda perlu ingat dalam mencari rezeki juga kita perlu patuh kepada hukum Allah.

Apa yang perlu saudara dan rakan-rakan artis buat sekarang adalah:

  1. Perbetulkan niat untuk berlakon (niat kerana Allah)
  2. Cari & terima jobs yang tidak melibatkan persentuhan antara lelaki & perempuan (melanggar hukum Allah).
  3. Cari & terima jobs yang jalan ceritanya ke arah kebaikan.

Jika ade drama2 yang sedang dishooting sekarang yang mempunya scene-scene berpegangan tangan mahupun scene2 yang tidak elok, anda selaku seorang Islam & hamba Allah, anda perlulah tolak arahan tersebut & cuba berbincang secara baik dengan pengarah tersebut.

Ambillah iktibar dan teladan daripada saudara Azmil Mustapha(Ali Setan) Sham Kamikaze, dan Bob Lokman. Mereka dari dunia seni seperti anda yang telah berubah ke arah yang lebih baik hanya kerana Allah s.w.t.

Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia. Segala apa yang dikurniakan kepada kita atas muka bumi ini adalah daripada-NYA. Janganah kita ego dan sombong atas segala kemewahan & kecantikan paras rupa yang diberikan. Seeloknya kita beryukur dan membalas segala nikmat yang Allah berikan dengan patuh segala hukum-NYA.

Carilah redha Allah wahai artis-artis di Malaysia.

 

Salam Ukhwah,

02 June, 2011

Adinda Evans Bikin Panasss!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

juliana evans adinda evansjuliana evans yg xde pape kaitan pun kono…

Skang nie tengah kecoh di twitter, facebook dan blog mengenai seorang hamba Allah yang bangga mengaku sudah tidak mempunyai dara. Umur remaja tu masih lagi di awal usia muda remaja iaitu 14 tahun.

Blog budak nie mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kalau dia pasang nuff tentu boleh dapat banyak duit tapi bukan duit yang budak tu nak TETAPI KASIH SAYANG. Budak itu menggelarkan dirinya Adinda Evans atau Daten Milano.

Gadis muda remaja nie  yang dikatakan bajet hot dan bangga dengan ketiadaan daranya dicemuh, dikeji, dikutuk, dihina bertalu-talu. Rata-rata komen di blog dan di fan pages fb budak nie dipenuhi dengan komen yang negatif. Jika dinilai melalui nisbah persepuluh, hanya 1:10 sahaja yang memberikan komen yang positif ataupun mengajak anak gadis ini bertaubat kepada Allah s.w.t.

Sungguh bagus sikap orang Malaysia kita yang ‘sudi’ ambil berat tepi kain orang namun sedarkah kita bahawa cara kita jaga tepi kain orang itu tidak berapa betul. Anak gadis ini masih muda remaja, masih mentah dan memerlukan bimbingan daripada yang kita yang lebih tua.

Betul..perbuatan budak itu yang membangga diri dengan ketiadaan daranya juga adalah perbuatan yang memalukan dan tidak wajar namun adakah kita sewenang-wenangnya boleh menjatuhkan hukuman sebegitu rupa kepada anak gadis ini tanpa mengetahui sebab musababnya.

yg sbnrnya

Kalau ikut gambar kat atas tu, katanya seperti dia dirogol tapi aku tak berapa faham jugakla dia punya ayat sebab ayat dia tu macam tergantung sket. Namun bagi aku, aku rasa dia dirogol dan dia jadi begini disebabkan stress dan bagi menghilangkan stress, budak nie mula meluahkan perasaan dia melalui blog.

Budak nie mula menulis blog pada 16 Nov 2010(mengikut tulisan pertama dia di blognya), iaitu kira-kira setahun yang lepas dan pada 5 Dec 2010, dia mengeluarkan entri yang bertajuk “Kesah Ape Aku Bukan Virgin”.

Aku tertarik dengan satu ayat dia yang berbunyi:

aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara.

Betul tak apa yang dia cakap tu? Korang setuju tak apa yang dia cakap? Aku memang setuju dan kebanyakan yang dah takde dara tu disebabkan dirogol ataupun atas kerelaan sendiri dengan teman lelaki? Bagi aku, perempuan yang ramai dah takde dara tu adalah perempuan yang telahpun dinodai oleh teman lelaki.

Malah, mungkin di antara 836 orang yang komen di entri budak tu..mungkin ade beberapa orang LELAKI ataupun PEREMPUAN yang telah ternoda tetapi komen bagai nak rak seperti mereka suci daripada dosa. “Kemonlah”..bagi ruang kepada budak tu. Kita sebagai yang lebih dewasa menasihati dia dan bukannya menghina dia.

@NajibRazak, keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda sekarang makin teruk..makin teruk..makin teruk wahai hamba Allah yang ‘berpangkat’ dato. anda sebagai perdana menteri Malaysia perlu ambil langkah sewajarnya. Jangan hanya kejar pada ekonomi tapi akhlak anak-anak muda rosak.

Emas bagi sesebuah negara BUKANLAH emas kuning (Emas) mahupun emas hitam (Petrol) TETAPI 'EMAS' bagi sesebuah negara adalah PEMUDA YANG SOLEH.

Kalau dato seri jahil agama takpe sebab saya pun masih jauh dalam mendalami ilmu agama dan teramat jahil tapi kita ada ulamak wahai dato seri..kita ada mufti dato seri..kita ada para ilmuwan wahai dato seri.

Jumpalah mereka untuk minta pendapat wahai dato seri…mereka tidak dibayar wahai dato seri, mereka tidak mengikut arahan mana-mana pihak kecuali arahan daripada Allah Taala. Jangan tanya ulamak anda wahai dato seri…

gaya seks bebas gambar hiasan tapi nie betul2 berlaku wahai menteri ‘berpangkat dato’

Jika dato seri betul-betul ikhlas memperjuangkan rakyat Malaysia, dato seri seharusnya tidak takut untuk memberikan kuasa kepada pihak lain yang mungkin boleh mengatasi akhlak anak muda mahupun di lain bidang. Namun saya tidak rasa dato seri ikhlas..

Ingatlah wahai hamba Allah yang ‘berpangkat dato’, pangkat anda tidak menjanjikan apa-apa jika anda gagal mendidik umat Islam menuju ke arah yang betul.

Mintak tolong sangat2 dato seri najib…anak muda dah start punah wal ranah dah nie…



Related Posts with Thumbnails