RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

06 March, 2011

Teguran Buat ‘Photographer’

Assalamualaikum semua,

photographer

Hampir 2 minggu blog Skype tak diupdate dan Alhamdulillah..hari nie Allah s.w.t telah bagi Skype idea untuk update blog Skype. Skype tak kisah sangat sebenarnya untuk pastikan blog Skype nie selalu diupdate atau tidak SEBAB semakin banyak kita bercakap/menulis, semakin banyak dosa yang kita akan buat tapi kalau apa-apa yang kita cakapkan/tuliskan itu baik, InsyaAllah..pahalalah yang kita dapat.

Lagipun, sejak dua menjak nie Skype bizy sket dan mood untuk menulis pun takde tapi Alhamdulillah, malam nie Allah telah bagi ruang untuk menulis dan Skype harapkan tulisan ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada korang tetapi juga kepada diri Skype.

Ok, back to the topic..laa nie dah ramai dah yang pakai kamera digital ataupun nama glamernya DSLR. Sebenarnya, Skype pun nak angkut jugak..dah 2 tahun cuba kumpul duit tapi tak pernah nak cukup. Time nak simpan tu ada-ada je benda nak guna duit dan terpaksa disetelkan dulu. Sampai skang nie pun masih tak dapat nak beli. Adess..

Sebenarnya perkara nie dah lama Skype nak tulis tapi tak berkesempatan dan kali nie Skype tekad untuk menulis disebabkan kerana ianya terjadi kepada kawan Skype sendiri bahkan kepada sebilangan photographer yang lain juga.

This is About ‘Subjek’

Kamera digunakan untuk mengambil gambar dan video.

Untuk mengambil gambar, seseorang photographer memerlukan ‘SUBJEK’.

‘SUBJEK’ boleh jadi apa sahaja…kereta, pokok, awan, haiwan, MANUSIA, dan lain-lain.

Namun, ‘SUBJEK MANUSIA’ seringkali digunakan oleh sesetengah photographer Islam yang terlepas pandang bahawa sebagai seorang ISLAM, apa-apa yang kita hendak lakukan haruslah mengikut syariat Islam.

Kita orang Islam, jadi.. ‘SUBJEK’ yang kita hendak gunakan itu WAJIB mengikut syariat Islam.

Apa hukum-hukum Islam?

Skype ambik salah satu contoh yang mudah iaitu MENUTUP AURAT.

Tidak kiralah ‘SUBJEK’ itu lelaki ataupun perempuan, ianya WAJIB MENUTUP AURAT.

Tapi yang banyaknya, ramai yang menjadikan ‘WANITA CANTIK’ sebagai ‘SUBJEK’ atau ‘MODEL’. Lebih-lebih lagi, sifat wanita itu sendiri yang sukakan kecantikan dan suka menunjukkan ‘kecantikan sementara’ mereka itu.

Tidak kurang juga, si lelaki pun turut suka melihat wanita yang cantik. ermm…..

Tidaklah menjadi masalah menjadikan wanita yang menutup aurat sebagai ‘MODEL’ tapi sebolehnya elakkanla..

Definisi Tutup Aurat

Tapi skang nie ramai dikalangan kita melihat menutup aurat itu hanyalah pakai tudung. Kalau kita tengok seorang wanita tu pakai tudung memang confirm kita kata dia seorang yang menutup aurat tapi kita tak sedar bahawa baju kasual atau apa-apa bau yang sesetengahnya dipakai oleh kaum wanita itu adalah menampakkan bentuk badan.

Bentuk ape yang nampak Skype tak nak gtau, korang dah boleh fikir sendiri. Lagipun, ketahuilah olehmu wahai wanita bahawa kebanyakan 1st impression looking lelaki terhadap wanita adalah pada dada anda. So, bila dah pakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh apelagi..ibarat mengantuk disorongkan bantalla.

Kalau si lelaki tu hanya melihat saje takpe, tapi nantikan lepas dia tengok ur dada and then balik rumah dia layan benda2 yang tak elok cane? Lagi parah anda wahai wanita..dapat dosa buka aurat lepas tu dapat dosa lelaki tu sekali.

Nie definisi tutup aurat, so..kepada photographer di luar sane, Skype harap korang faham definisi menutup aurat nie.

  1. Hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat.
  2. Hendaklah pakaian itu tebal dan tidak nipis.
  3. Hendaklah pakaian itu longgar dan tidak ketat.
  4. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.

muslimah

Masalahnya

Yang menjadi masalahnya, wanita yang menjadi ‘MODEL’ itu tidak menutup aurat.

Apabila anda menangkap gambar ‘MODEL’ tersebut dengan auratnya yang terdedah dan anda siarkan di facebook, blog dan sebagainya..akibat daripada ‘HASIL KERJA’ anda yang ‘BAGUS’ itu, anda mendapat DOSA kerana menolong menyebarkan aurat wanita Islam.

Bukan Janji Tapi Pasti

Skype pasti anda2(photographer) sebenarnya terlepas pandang mengenai hal ini. Jadi, selepas ini Skype harap anda dapat ‘ALERT’ mengenai hal ini demi kehidupan akhirat anda.

Jadikanlah keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t ini sebagai ‘SUBJEK’ anda. InsyaAllah, semoga ‘HASIL KERJA’ anda diredhai oleh Allah.

Ok, sebagai inspirasi untuk korang ambik gambar yang baik lepas nie, korang boleh tengok ‘HASIL KERJA’ Ustaz Azhar kat sini.

psss..berhati-hati dengan kelas dekat beberapa tempat yang korang pergi utk belajar fotografi. mereka ada menggunakan wanita Cina sebagai model. biasanya kelas2 nie anjuran company brand2 dslr yg korang beli tu..drp dapat dosa tangkap gambar wanita xtutup aurat lebih baik xyah masuk kelas tu. banyak lagi kelas2 lain yg blh korang join.. ;)

ingat..‘ARAHAN ALLAH’ itu lebih utama daripada ‘ARAHAN MANUSIA’…

 

Salam Ukhwah,



Related Posts with Thumbnails