RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 January, 2011

Pakai Tudung Tapi Still Berdosa Tak Tutup Aurat, Cane Tue???

Assalamualaikum semua,

Tadi, masa Skype melayari bahtera internet, jumpala satu blog nie…Opps, mula2 diingatkan bahawa Skype tulis nie bukan nak memalukan sesiapa tetapi untuk bagi kesedaran kepada kita semua tentang perkara2 yang kita tak perasan/sedar sebab kadang-kadang kita tak sedar kesilapan yang kita buat melainkan orang lain tegur baru kita sedar. Dan Skype mintak tolong kalau ada pape yang Skype tulis kat blog nie yang melanggar hukum Allah, silakan tegur k.

Ok, tadi Skype survey beberapa info kat alam maya nie dan entah cane Skype boleh termasuk kat satu blog nie. Blog nie milik seorang gadis and the content is more to personal writting. Kebiasaannya apabila kita lihat blog seorang gadis, lebih-lebih lagi gadis yang cantik, mesti banyak gambar2 yang terpampang kat dada-dada blog dorangkan. And thiz blog also like that..(Tak semua ok…)

1st skali tengok header nampak thiz gurl more tu Islamik dengan gambarnya yang bertudung/ menutup aurat and berlatarbelakangkan masjid. Setiap entri beliau memaparkan signature gambar beliau yang manis bertudung. Tapi apa yang mengecewakan adalah apabila Skype scroll ke bawah, Skype tengok at the sidebar ade sekeping gambar beliau yang free hair. Whats going on?

Elok2 pakai tudung pastu letak gambar free hair. Adoii..sangat2 rugi. Dia punya blog boleh diakses oleh semua orang 24/7, jadi kalau tiap2 hari ada orang bukak dia punya blog and nampak gambar tu cane? Tak ke dapat dosa free-free tue..Sayang, tersangatla sayang…

Perkara nie sebenarnya bukan saje berlaku kat blog thiz gurl but it also happen to another woman’s blogger yang mana meb dorang tak perasan pasal nie atau meb buat-buat ‘pekak’. Yang pekak tu meb dorang tak percaya dengan dosa/pahala kot. [(ayat sindir..)Skype gtau takut ade yang fikir lain plak].

Maaf cakap…lelaki nie sepatutnya membimbing wanita. Kalau ada yang dorang buat tak betul, kita selaku lelaki/suami/ayah/pemimpin kena tegur. Jangan jadi DAYUS, tegurlah secara berhikmah. Kalau nak bagi masa kat si wanita, BOLEH…tapi kalau dah setahun tak reti-reti nak berubah lagi tu bukan bagi masa dah, tu namanya DAYUS, takde telur. (maaf, kasar sket..ntahla,kdg2 jadi emo gk klu psl laki dayus nie)

Nie adalah screenshot blog beliau, bukan untuk memalukan tetapi untuk peringatan kepada blogger2 wanita di luar sana & InsyaAllah, peringatan untuk diri Skype sendiri. Skype dah blurkan..harap2 takde yang cam ok. Kalau anda yang membaca adalah pemilik blog tersebut, kalau rasa nak suruh buang gambar nie silakan email Skype k. Kalau tak nak bagi delete pun takpe, boleh buat pengajaran untuk orang lain.

Dosa Tersembunyi 2

Please Muslimah, Saya Tahu Anda Boleh Buang Gambar-Gambar Yang Tidak Menutup Aurat Daripada Blog/Facebook/MySpace/Tagged/Friendster Anda. Hanya Tekan DELETE, InsyaAllah.. Anda Selamat Dari Azab Api Neraka.



27 January, 2011

A Single Mother Tested By ALLAH

Assalamulaikum semua,

BANNERFINDACURE_3

Cane ek bila perkara nie diuji pada ibu kita or someone else yang kita sayang? Mesti sedihkan..dahla ibu tunggal, lepas tu ada 5 orang anak lagi..sungguh kuat ujian yang diberikan oleh Allah kepada seorang hamba-NYA.

Ade sorang kakak kepada blogger nie yang disahkan mengidap breast cancer stage 4 lebih kurang setahun yang lalu dan keadaan dia makin parah and more unfortunate, a few weeks ago..dia mengalami tumpah darah (i dont know how it “tumpah darah” but sound like severe) and she was admitted to hospital. Tumor is in her very large dan doc estimate she will be able to live only three months.

Let us pray for their sister supaya dia panjang umur. Yela, kesianla kat anak2 dia 5 orang tue. Kalau jadi kat kita pun mesti kita sedihkan. Jom, sama2 kita doakan dan buat solat hajat sekali.

Untuk lebih lanjut, korang boleh tengok kat sini.

pss..to any woman out there, make checks..cegah sebelum terlambat…

 

Salam Ukhwah,



26 January, 2011

Jarak Masa Yang Diperuntukkan Di Antara Azan & Iqamah

Assalamualaikum semua,

chendering futsalPadang Chendering Futsal, Kuantan. di ambil drp fb CF 

Ok, sebelum direct kepada point yang sebenarnya, Skype nak kongsikan kepada korang cane Skype dapat info nie.

Hari tu Skype ada join tournament futsal dekat Chendering Futsal kat Kuantan sempena majlis pembukaan padang futsal tersebut pada 22 Januari yang lepas. Tapi malangnya terkandas di pusingan kalah mati (pusingan ke-4). Tapi Skype rasa dah ok dah sebab team Skype berada dalam kelompok 16 terbaik daripada 48 pasukan yang bertanding. Ada memori yang special/mendebarkan bagi Skype pasal tournament nie tapi tak nak bagitahu. Yang tahu, tahula, yang tak tahu..diam2 ek. Hehe.

Skype dapat info pasal jarak masa antara azan dan iqamah nie sewaktu Skype solat Asar kat sebuah surau bersebelahan dengan padang futsal nie. Surau nie bukan surau milik Chendering Futsal tapi surau penduduk kawasan tersebut. Jadi, setiap waktu solat, azan akan berkumandang dan penduduk setempat akan datang berjemaah kat situ. Jadi, kepada yang nak main futsal kul9 malam tu boleh r datang awal sket, boleh jugak dengar kuliah Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Tul tak?

Ok, setelah team Skype kalah, kawan-kawan Skype still tak nak balik sebab nak tengok perlawanan yang seterusnya sebab team kawan Skype dapat masuk ke pusingan yang seterusnya. Jadi, sementara dorang dok tengok game tu, Skype pergila solat Asar, lepas solat Skype round2 dalam surau tu dan nampak pasal info nie kat dinding surau tu so Skype snapla dengan kamera hp Skype yang cikai nie.

Oh yer, ada lagi satu info yang menarik kat dalam surau tu iaitu pasal asal-usul kita bermula daripada Nabi Adam a.s tapi tak dapat nak snap sebab panjang sangat dia punya hierarki. InysaAllah, suatu hari nanti kalau Skype berkesempatan ke situ lagi, Skype akan salin dan kongsikan dengan korang semua.

Ok, jom berbalik kepada tajuk di atas. c;)

Illegal immigrants from Myanmar

“Pernah terlepas solat berjemaah di masjid disebabkan tok bilal qamat awal?”

JARAK MASA YANG DIPERUNTUKKAN DI ANTARA AZAN & IQAMAH
 
SUBUH ZOHOR ASAR MAGHRIB ISYAK
20 minit 10 minit 8 minit 8 minit 10 minit

Syeikh Said Al-Qothoni mengatakan,

“Azan disyariatkan untuk memberitahu bahawa waktu solat sudah tiba, oleh kerana itu harus diperkirakan waktu yang mencukupi untuk bersiap-siap menghadiri solat di masjid, jika tidak demikian maka azan tidak ada manfaatnya, mengingat banyak orang yang hendak mengerjakan solat berjamaah tidak mendapatinya. Orang yang sedang makan, minum, orang yang hendak buang hajat, atau belum berwudhu saat terdengar azan jika masih meneruskan keperluannya atau langsung berwudhu maka dia akan ketinggalan solat berjamaah (masbuk) atau tidak mendapatkan solat jamaah sama sekali disebabkan iqamah terlalu cepat dan tidak ada senggang yang cukup antara azan dan iqamah, lebih-lebih lagi jika jarak rumah jauh dari masjid.”

(@)------------------------------------(@   v   @)--------------------------------------(@)

Inilah Skype cuba untuk kongsikan dengan korang semua hari nie. Walaupun ilmu nie adalah untuk tok bilal dan tok imam namun siapa tahu suatu hari nanti kita akan jadi sebahagian daripada mereka. Atau adakah yang sedang membaca sekarang ini adalah seorang tok bilal? Jika YA..andalah yang kami cari… ;)

Benda nie berlaku kepada diri Skype sendiri, hari tu kebetulan Skype cuti so dapatla pergi berjemaah dekat masjid pada waktu Zohor. Masa tu Skype dok tengok tv pastu dengar azan Zohor berkemundang so Skype pergilah tandas buang air kecil lepas tu ambik wudhu skali. And then Skype pergi ke masjid dengan motor. Bila da sampai kat masjid tu tengok-tengok dah duduk tahiyyat akhir. Tapi mujurla Skype sempat duduk tahiyyat akhir tu sebelum imam bagi salam.

Inilah yang berlaku di masjid kawasan Skype skang dan bila benda nie berlaku, Skype kadang2 rasa malas nak pergi masjid. Kadang-kadang kita dah prepare awal tapi mungkin masa azan tu kita rasa nak buang air kecil/besar dan mandi so tak sempatla nak solat berjemaah.

Macam masjid kat rumah family Skype, tok bilal amat ambil berat pasal nie. Kalau Skype lambat sekalipun, Skype masih sempat mengikut imam sekurang2nya pada rakaat kedua. Bukan niat untuk memburuk2kan mana2 masjid cuma sebagai contoh dari pengalaman Skype sendiri. Canepun tak semua tempat berlaku macam ni, mungkin sesetengah tempat jer yang mana mungkin bilal tidak tahu/perasan tentang perkara ini.

Jadi Skype harap sangat supaya tok bilal boleh ambik port pasal nie dan ini secara tidak langsung memberi peluang atau anjakan paradigma kepada mereka yang baru berjinak-jinak ke masjid supaya mereka tidak putus asa atau lemah semangat untuk solat berjamaah di masjid disebabkan hal ini.

Lagipun, masa duduk kat rumah bujang nie Skype jarang jugak pergi solat berjemaah kat masjid sebab kerja shift satu dan lagi satu sebab hasutan syaitan kuat sangat. Skang nie tengah cuba nak lawan hasutan setan2 tu la… ;)

 

Salam Ukhwah,



22 January, 2011

Surat Terbuka Untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak

Assalamualaikum semua,

Skype nak kongsikan satu surat yang di tulis oleh seorang anak muda yang bernama Muhammad Muizzuddin bin Zaini terhadap Dato’ Seri Najib. Skype tak pasti ianya betul2 ditulis oleh beliau atau sebaliknya namun Skype postkan kat kat blog Skype nie sebab apa yang ditulis oleh beliau adalah sama dengan kemahuan Skype yang mana ingin melihat ISLAM DITEGAKKAN.

--> Sila baca sampai habis dan bacalah dengan minda Islam bukan dengan minda politik. <--

Dato' Seri Najib Tun Razak 2 Dato’ Seri Najib Tun Razak

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting.  Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia?

Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini?

Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN Dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

 

pss.. ‘kami’ hanya mahu Islam yang syumul dilaksanakan..plz Dato’ Seri…



18 January, 2011

Pengajaran 4 Hari Di Rumah Family

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya Skype update blog kali nie. Sebelum nie, pelbagai halangan timbul jadi sedikit sebanyak terbantutla Skype nak update blog nie. Thanx kepada yang sudi jenguk walaupun takde entri baru selama 2 minggu nie namun Skype percaya ada entri dalam blog nie yang mana InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran serta maklumat yang berguna untuk kita semua.

Hari tu Skype balik rumah family kat Tanah Merah (sape org TM angkat kaki), dan beberapa pengajaran Skype dapat sepanjang beberapa hari kat rumah family. Skype nak share benda2 nie supaya kita sama2 berfikir & muhasabah diri kita.

--------------------->   @@@   <----------------------

Jom, let’s check up kat bawah nie…

Budak Boleh Solat Jemaah Di Masjid, Kenapa Tidak Kita Yang Dewasa ‘Cukup Akal’ nie?

masjid tmMasjid Ismail Petra, Tanah Merah.

Senario nie sebenarnya Skype dah biasa tengok sebab ianya selalu berlaku bila Skype balik rumah family, yang mana Skype tengok dua orang budak umur 9 dan 11 tahun datang berjemaah di masjid pada waktu Subuh. Bukan saje waktu Subuh tapi waktu Asar, Maghrib dan Isyak pun dorang datang.

Tapi kita? Dah dewasa, tua bangka pun tak boleh2 lagi nak pergi masjid? Asyik bizy dengan facebookla, blogla, aktiviti tu la, aktiviti ni la..Ape punya manusia kita nie ek? Hal dunia kita utamakan tapi hal akhirat kita last2kan..Mengaku Islam tapi tak buat apa yang Islam suruh. Apa nak jadi dengan kita nie ek? Padahal fadhilat solat berjemaah nie banyak Allah bagi tapi kita yang buat2 sombong tak nak. Ingat kita nie takde dosa ke? Bawak2la beramal, pergi ke masjid dengar2 kuliah agama beb.

Jangan jadi jahil..tak payah nak berguru sangatla dengan Internet. Tak payahla susah2 payah nak naikkan ranking blog2 korang tue. Tuhan tak tanya pun beb berapa ranking korang kat Alexa. Kalau update benda2 yang berilmu okla jugak. Nie tak dok updates pasal artis, artis, artis.

Kekeliruan Budak Yang Berumur 7 Tahun

DSCN4467That is the cute gurlz..these pictures were taken during while she was 4 years old…

Ok, rumah Skype boleh dikatakan sebagai baby sitter dan pada hari tu bekas baby yang pernah ibu Skype jaga dulu datang untuk stay sementara sebab sekolah pra dia banjir. So, masa dia sedang tengok tv, masa tu rancangan MHI dan masa tue Ally tengah dok rapat2 sket dengan Abby. Lepas tu dia telah mengeluarkan kata-kata ini kepada ibu Skype.

“Mak, dia duduk dekat-dekat.”

Apa yang dia ingin katakan adalah tak boleh duduk dekat2 @ jauhi maksiat/zina. Bagi pemahaman kita yang dewasa nie mesti kita akan cakap takpe sebab ade ramai orang kat situ. Betul tapi point yang cuba diberitahu budak itu yang perlu kita ingat..”JANGAN HAMPIRI ZINA”. Tapi kita sekarang semakin menghalalkan perbuatan2 ke arah itu dengan alasan kemodenan.

Anak muda sekarang nie je yang giler nak bersosial. Tapi bersosial tanpa agama dalam dada. Bersosial macam mak bapak dorang punya dunia nie.

*Gambar tu diambil masa dia umur 4 tahun.

Walaupun Aku Tidak Dapat Belajar Di Pondok

Cita-cita Skype adalah untuk belajar kat pondok tapi malangnya hasrat Skype tak kesampaian. Namun, mungkin Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk Skype. Itulah pemikiran Skype. Masa Skype balik kampung hari tu, Skype dapat tahu yang kawan a.k.a jiran sebelah rumah Skype sambung pelajaran ke pondok.

Alhamdulillah, sekurang2nya ada jugak orang terdekat dengan Skype belajar pondok. Skype bersyukur sangat. Skype doakan semoga dia diberikan kemudahan dan kelancaran oleh Allah dalam mempelajari ilmu agama Islam.

Kematian

Masa Skype balik rumah family hari tu terkejut jugaklah dengar lebih kurang 10 kematian yang berlaku disekeliling Skype. Suami kepada mak saudara sebelah nenek Skype juga tak terkecuali. Itulah yang dinamakan ajal maut di tangan Tuhan. Sesiapa saje, kat mana2 pun dia nak ambik nyawa, Dia memang berhak. Itu kuasa-Nya.

Sama2la kita sedekahkan AL-Fatihah kepada mereka2 ini. Tidak ketinggalan jugak kepada arwah ibu kepada kawan serumah Skype yang baru je kehilangan ibundanya yang tercinta pada 2 minggu yang lepas. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang baik.

Dan juga, semoga kita yang masih hidup ini tidak leka dan lalai dengan nikmat dunia ini & terus menegakkan hukum Allah. Jangan takut pada manusia, takutlah pada Allah. Sesungguhnya, Dia-lah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.



04 January, 2011

Sarapan Pagi 2011

Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang semua hari ni? Skype sebenarnya masih lagi berada dalam keadaan sedar tak sedar sebenarnya..yela, still ingat nie tahun 2010. Huhu..

Hari nie Skype cuti so hari nie plan nak balik kampung tapi kena tidur dulula. Petang kang baru balik. Alhamdulillah, pagi nie dapat juga merasa nasi berlauk setelah sekian lama tak dapat makan. Biasanya kat area Skype nie femes dengan nasi lemak. Nasi lemak kerang ada, nasi lemak ikan ada, nasi minyak ada dan lebih istimewa lagi setiap kedai berbeza dia punya rasa & penampilan nasi lemak tu.

Yang Skype biasa beli adalah nasi lemak kerang. Gerai yang jual nasi lemak kerang nie boleh dikatakan masih baru lagi kewujudannya kat sini. Meb dalam 6-7bulanla.. Tapi gerai nasi lemak lain dah lama wujud kat Cheratig nie. So, bila dah ada nasi lemak kerang nie, memang tiap2 hari sarapan dengan nasi lemak kerangla ditambah pulak harganya yang murah..rm1.50 je satu, kuih 4 = rm1.

Tapi hari nie Skype try nasi berlauk plak, dah lama nak makan nasi berlauk nie tapi tak kesampaian. Biasanya kalau kat kampung nie, memang tiap2 hari boleh makan tapi kat sini susah sket. Bukan susah ape pun cuma jauh daripada rumah jer. Skype tak pasti kedai mana yang Skype pergi makan tadi sebab ingatkan nak pergi makan kat kedai yang nasi berlauknya rm1.50 tapi rupa2nya kedai nasi dia harga rm3 daa..adoii, dah lari bajet sket. Dahla awal bulan nie.

IMG0257A mee tomyam..yummy3…. ;)

Balik daripada makan tadi, jiran Skype, En Wan bagi mee tomyam kot. Erm..perut dah kenyang nie tapi nafsu belum lagi. Haha..So, Skype melantakla pastu tiba2 teringat kat kucing kat luar. Tadi, masa nak masuk umah dia dok menyusukan anak2 dia. Pastu, Skype kuarla nak bagi lauk2 daripada mee tomyam nie kat dia tapi dia hilang dah. Meb dia frust kot sebab tadi Skype tak belikan dia sarapan. Bukan tak nak beli tapi lupa plus kucing yang ada kat sini dah sampi lebih kurang 20 ekor dah. Nanti kalau bagi nanti memang confirm gaduh r.

IMG0255Akucing itu.. ;)

Bila kucing tu takde so Skype panggilla geng kucing yang lain, yang Skype panggil nie adalah yang memang dah biasa dengan Skype. Panggil Skype laju je datang..macam peluru berpandu. Seperti biasa, si ibu yang datang dulu, Tup2 bila dah datang tu, terkejut Skype bila tengok mata kanan dia macam mata orang buta. Sebelum nie ok jer..kesian giler Skype tengok. Selaput mata dia dah terkoyak, tinggal yang belah dalam jer. Adoii..sapela yang buat nie. Kalau kucing yang buat Skype tak marah sangat tapi kalau budak2 yang kat area umah Skype yang buat memang dajjalla. Mak bapak kena pantau tu perbuatan anak2 dorang.

Klah, nak tidur dulu..petang kang nak drive plak. Kesian kucing tu..



01 January, 2011

Siapa Sangka Habuk Kayu Boleh Jadi Gula?

Assalamualaikum semua,

Habuk Kayu 2 Habuk Kayu

Percayakah korang kalau Skype bagitahu yang habuk kayu boleh dijadikan gula? Mesti korang geleng2kan kepalakan..Huhu. Tapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah S.W.T, apa sahaja boleh berlaku. Bukan sahaja habuk kayu bahkan habuk daun juga boleh dijadikan gula dengan izin Allah.

PENYELIDIKAN terbaru Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim iaitu penghasilan gula daripada serbuk kayu berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Rekaan British 2010 di London Oktober lalu.Menurutnya, penggunaan habuk kayu itu secara tidak langsung mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

“Idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negara ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan. Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu terbabit kepada bahan bernilai dan bermanfaat daripada dibiarkan begitu sahaja. Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen, tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula,” katanya.

Bagi Dr Mimi Sakinah, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.

Dr MimiDr. Mimi Sakinah

“Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak,” jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat bertukar kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes menjelang 2020.

“Penggunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia,” jelasnya yang menjalankan penyelidikan itu selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kilogram gula dalam tempoh dua hari.

Dia juga melahirkan rasa bangga kerana sepanjang tahun ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima peruntukan sebanyak RsM5.5 juta bagi melaksanakan 150 projek penyelidikan baru termasuk projek yang dilaksanakannya.

Dr Mimi Sakinah berkata, warga penyelidik UMP turut menerima pelbagai insentif termasuk Skim Pembentangan Kertas Kerja Seminar, Skim Penerbitan Artikel Jurnal, Dana Pendaftaran Harta Intelek Universiti dan Dana Pertandingan dan Pameran Penyelidikan.

“Pihak UMP dan fakulti sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap staf fakulti untuk menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing.

“Saya yakin hasil penyelidikan yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk jurnal mampu menjadikan sesebuah universiti itu melahirkan lebih ramai warga penyelidik profesional dan mampu memartabatkan Malaysia ke mata dunia,” katanya.

pss..korang bila lagi nak buat penyelidikan?

Sumber: HMetrro&BHarian

 

Salam Ukhwah,



Related Posts with Thumbnails