RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 August, 2010

Kopi & Radixnya

Assalamualaikum semua,

nasi goreng kg

Skype baru balik daripada menyahur kat kedai. Hari nie Skype sahur kat kedai sebab malas nak masak. Dah lama tak makan kat luar. Sejak stat bulan puasa nie tak pernah lagi Skype makan kat luar, baru pagi nie Skype stat makan kat luar lak.

Memula Skype pergi sorang jer sebab kat umah tinggal Skype sorang jer. Sorang pergi berkhidmat untuk negara, sorang lagi plak pergi kursus kat Cyber. Jiran sebelah yang selalu Skype dok buka puasa nie plak menghilang ntah ke mana. Kejap ade kejap takde…so, Skype kluar makan sorang jela.

kopi radix

Menu sahur pagi nie adalah nasi goreng kampung plus telur dadar plus kopi radix dan ketinggalan juga adalah sos cili. Haishh..sos cili pun nak citer ke?Hu3…bukan ape, Skype memang tak boleh makan nasi goreng tanpa sos cili tau. Kalau takde sos cili memang tak habisla nasi tue. Kopi Radix korang pernah dengarkan? Mulai sekarang eloklah korang amalkan minum kopi radix tu, baik untuk kesihatan tau. Tak payahla amalkan minum nescafe. Ta elok.

Tengah syok dok makan tetiba kawan sebelah umah Skype yang menghilang tue muncul. Tadi takde, skang ade plak…So, berteman jugakla Skype sahur pagi nie. Ingatkan dia datang sorang jer, rupa2nya bawak kawan. Ok, lagi ramai lagi best sahur.

Sahur korang cane hari nie? Ade best tak?

p/s: Mencari Yang Halal Itu Wajib Bagi Umat Islam.



20 August, 2010

Budak Ngepek / Budak Membebel [With Translate]

Assalamulaikum semua,

Cute Child

Kali nie Skype nak kongsikan dengan korang semua sebuah video “Budok Ngepek” @ dalam bahasa Melayu bakunya adalah “Budak Membebel”. Bukan membebel kosong tau, membebel memberi nasihat. Beberapa hari nie video yang berpengajaran dan lucu nie familir kat FB tapi sayangnya hanya sesetengah orang jer yang faham kerana budak nie bercakap dalam dialek Kelantan-Siam. Orang Kelantan pun tak faham habis apa yang dia cakap. So, Skype ingat dengan post video yang telah di’translate’kan nie, InsyaAllah korang akan lebih faham dan terhibur dengan bebelan budak nie. Lucula budak nie…Jom Ngepek…. =)

p/s: Cane, korang faham tak? ;)

video credit kepada WJA4101



16 August, 2010

Facebook | Apa Yang Kita Tak Sedar [Video]

Assalamualaikum semua,

Muslimat

Masa Skype online fb pagi tadi ade orang share video yang bertajuk “Dosa 24 Jam Di Facebook”. Video nie memberitahu kita dosa yang telah dilakukan di FB tanpa kita sedari. Dan sememangnya itulah yang berlaku sekarang…DOSA 24 JAM DI FACEBOOK. Meb kita tak perasan sangat tentang hal nie disebabkan sudah terbiasa namun mujurlah ade yang bersimpati dan menegur perbuatan kita ini.

Video tersebut menunjukkan kaum hawa meletakkan gambar mereka yang tidak sempurna menutup aurat di facebook. Skype nak korang tengok dulu video nie kat bawah lepas tu baru korang baca satu komen yang bagi Skype sangat menarik.

Amacam, insaf tak? Mesti terasa habiskan kaum hawa. Jangan cakap kaum Hawa jer. Skype pun dah delete beberapa gambar Skype yang tidak menutup aurat kat facebook nie. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati Skype.

Skype sebenarnya tertarik dengan komen2 yang dilontarkan terhadap video nie. Kebanyakan yang komen adalah kaum Hawa dan tidak ketinggalan juga kaum Adam. Ade yang menerima baik video ini & ade juga yang terima tetapi tidak setuju dengan penggunaan gambar2 tersebut. Namun dalam banyak2 komen tu, Skype tertarik dengan satu komen yang dilontarkan oleh seorang Hawa,

Katanya…

Salam..saya rasa pendekatan yang dilakukan bgus sbnrnya...sy sbg kaum hawa pun berasa gentar bile disuakn dgn video tersebut,

Alhamdulillah, masih ade yang prihatin akn nsb kami, hawa, yang sedia maklum sgt sukakn kecantikan, jgn risau, kita ni manusia yg x sempurna..mmg ade kekhilafannya..mmg nmpk aib..tp..sy memilih utk aib didunia, drp aib diakhirat kelak..malu dgn manusia tidak mengapa..mgkn bg sy..tp..silalah kaum hawa menilai dahulu sebelum berpakaian sedemikian,sbb...

Sudah semestinya berpakaian sedemikian mengundang tanggapan yg negatif dan secara tidak langsung,walau kita tidak berkate ape2 mengenai kaum hawa yg sedemikian,hati kite tentu terdetik,bhw pemakain itu mmg mengaibkn diri sendiri, jdnye, kitelah yg mengaibkn diri sendiri...
wallahualam.

Alangkah bagusnya jika kaum Hawa semuanya berkata demikian tapi manusia susah untuk tunduk dengan nafsu. Apatah lagi nafsu yang telah dididik oleh syaitan sejak bertahun lamanya. Namun di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama2la kita cuba untuk berubah. Beribadahlah & berdoalah kepada Allah, sesungguhnya doa orang yang mengerjakan puasa tidak ditolak oleh Allah Taala.

p/s: Korang boleh tengok komen2 yang selebihnya kat blog  Salafus-Solih.



14 August, 2010

Puting Beliung Di Jasin | Ujian @ Bala? [Video]

Assalamualaikum semua,

 tragedi ramadhan

Mesti korang dah dengarkan pasal bazar ramadhan yang dilanda ribut dan puting beliung di Jasin, Melaka. Kejadian nie berlaku pada 13 Ogos 2010 iaitu semalam, lebih kurang pukul 4.45 petang iaitu selepas azan Asar. Setakat nie Skype dah tengok 3 video yang berlainan yang dikongsikan di facebook & youtube. Dalam video pertama yang dirakamkan oleh seorang lelaki Cina yang berada berdekatan kawasan kejadian, lebih kurang 30 buah khemah diterbangkan oleh ribut @ puting beliung. Cuba korang bayangkan khemah putih yang besar tu terbang pastu jatuh balik menghempap peniaga & orang ramai yang sedang membeli kat situ. Diberitakan 3 orang maut & 18 orang cedera.

Video kedua nie plak adalah daripada mangsa di tempat kejadian iaitu saudara Shukri Yusof. Dia merupakan peniaga di bazar ramadhan tersebut dan ini adalah kali pertama dia berniaga pada bulan ramadhan. Video nie dirakamkan oleh rakan beliau iaitu Amir dan saudar Shukri pula adalah yang berbaju oren dengan apron. Dalam video nie, korang boleh dengar kedengaran suara tangisan mangsa2 di tempat kejadian.

Video ketiga pula Skype tak pasti samada daripada siapa tapi Skype jumpa kat youtube. Semasa merakam peristiwa ini, si perakam nie tersedu2 macam nak nangis.

Nie plak video daripada berita tv1

Sedihkan melihat peristiwa yang berlaku kat Jasin tue. Skype terfikir apakah peristiwa tu sebagai ujian kepada umat Islam di bulan ramadhan ataupun ianya suatu bala? Jawapannya ade pada diri masing2. Bagi mereka yang tidak menderhaka kepada Allah, mungkin ini adalah ujian bagi mereka tapi bagi mereka yang seringkali meninggalkan solat & kufur kepada Allah, maka ini mungkin bala bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ade hikmah disebalik semua nie dan InsyaAllah, mungkin ade yang akan insaf dan kembali beriman kepada Allah.

p/s: Adakah kita mahu dilanda suatu musibah yang lagi teruk seperti tsunami atau yang lagi teruk daripada tsunami baru kita nak berubah?



12 August, 2010

Bila Budak Bercakap Dengan Ikan

Assalamualaikum semua,

Cane puasa?Ok tak? Skype harap korang dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya. Ok, Skype nak kongsikan dengan korang semua satu video “Budak Bercakap Dengan Ikan”. Nak tergelak pun ade…sedih pun ade. Papepun layan jela sebagai selingan… =)

 

~~ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ~~



11 August, 2010

Marshanda Tekad Bertudung?

soleha

Nama macam pernah dengar tapi di mana ya?Hu3…Alaa..yang berlakon citer Soleha tue. Ingatx? Kalau citer terbaru lak dia femes ngan sinetron Benci Bilang Cinta. Kawan Skype bagitau citer nie femes giler kat Indon, tu yang Astero ambik citer nie kot.

Kalau yang follow citer2 indon nie memang kenalla ngan si Marshanda nie atau lebih mesra dipanggil sebagai Chacha. Skype memang tak ikut citer2 indon nie sebab Skype memang tak minat sebab plot penceritaan dorang tak sesuai dengan jiwa Skype. Skype post pasal nie pun sebab ianya berkaitan dengan Islam.

Marshanda

Si Chacha nie sebenarnya tak bertudung tapi pada 12 Jun yang lalu dia berazam mahu memakai tudung buat selama-lamanya. Menceritakan pengalamannya, Marshanda, 21, berkata, dia sering mengikuti pengajian agama di Yayasan Darul Aitam di Jakarta Selatan.

Skype yakin pembabitan dia dalam sinetron2 keagamaanlah yang menyebabkan dia terarah kepada hal ini dan  Alhamdulillah, Allah telah membukakan hatinya untuk memakai hijab. Semakin memahami Islam, katanya, dia tidak hanya mahu menguasai teori, sebaliknya MEMPRAKTIKANNYA. “Pada mulanya saya mendalami pengajian hadis dan lama-kelamaan saya berasa SAYA DISAYANGI TUHAN.” “Kini saya mahu lebih dekat dengan DIA dan SAYA KINI MENJADI LEBIH TENANG.”

Skype harap dia boleh kekal dengan imej yang begitu & kalaupun selepas ini dia masih berlakon, Skype harap dia tahu batas2nya dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

Semoga Allah memelihara dia daripada kemungkaran…Aminn.

10 August, 2010

Puasa OH Puasa!!!

Assalamualaikum semua,

No_Food_or_Drink_Sign

Pejam celik pejam celik, malam nie kita dah stat terawih. Cepat masa berlalukan? Dengan hampanya Skype tak boleh nak bertarawih kat masjid sebab kena kerja. Nampaknya kena solat terawih kat ofisla. Ikhlas Skype cakap bila kerja shift nie memang tak terasa sangat Ramadhan sebab tak dapat nak pergi masjid untuk solat terawih. Skype tahu solat terawih tu boleh buat sorang2 tapi rasa cam tak best plak bila kena solat terawih kat ofis. Xpela, meb ade hikmah semua niekan.

Bulan puasa nie ade perkara yang ditegah kita melakukannya & ade perkara yang digalakkan kita melakukannya. Jadi, Skype nak kongsikan sedikit perkara2 tersebut dengan korang semua. Skype tahu semua da tahu tapi nie just sebagai peringatan kita bersama. Almaklumla, manusiakan pelupa…lebih2 lagi Skype nie…hu3…

PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT

:: MAKAN ::

makanMemang xboleh, kalau tak bukan puasa namanya… =)

:: MINUM ::

minum 1 Minum pun memang xboleh…tapi ade jugak yang curi2 minum. Xpe, xde orang nampak tapi Tuhan nampak beb.

:: HISAP ROKOK ::

smoking-kills-gun-l 

Lelaki memang susahla nak buang tabiat nie. Sampai skang pun masih ramai lagi yang dok isap rokok walaupun tahu apa akibat daripada isap rokok nie. Nak kata blaja xtinggi, blaja tinggi sampai overdosea.

:: BERBUAL KOSONG/MENGUMPAT/MEMFITNAH ::

backbitingYang nie biasanya kaum hawala..tapi laki pun ade jugak. Biasala, bulan puasa nie xde mende nak buat so borak2 kosong jela jalan penyelesaian yang paling mudah nak buat.

:: TENGOK VIDEO LUCAH ::

no pornYang nie memang biasanya lelakila…da nama pun ade 9 akal & 1 nafsu. Pompuan pun ade jugak cuma kurangla sebab dorang nie ade 9 nafsu & 1 akal. Tapi Skype heranla nape ek 9 akal yang laki ade tu xleh nak cover nafsu yang satu tu…adoii, kesian kat laki.hu3. Kalau boleh, elakkanla tengok bendalah ni ek. Bulan yangmulia nie, eloklah kita beribadah kepada Allah. Banyak nikmat yang Allah bagi kat kita bulan nie bang ooii…

:: COUPLE ::

couple 1Kepada yang kapel tu xpayahla nak pegang tangan awek/pakwe korang. Dosa beb…benda nie memang da jelas beb. Seseorang bukan muhrim adalaha HARAM untuk bersentuhan tapi Skype heran tulla. Skang nie Skype tengok pegang2 nie da jadi kebiasaan dah dalam masyarakat kita yang beragama ISLAM nie. Pakai tudung toksah cakapla…macam2 pesen tapi kuar ngan boy/gurlz tetap pegang tangan. Ke deme xtau yang pegang tangan tu HARAM ek? Yang pegang tangan tu sah2la haramkan, pastu yang pegang2 tutt tu cane…? LU PIKIRLA SENDIRIK!!!(pnjm sat nabil trademark ko)

 

PERKARA YANG PATUT BUAT

:: BACA AL-QURAN ::

bca-quranTahun nie agak2 korang ade bukak Quran tak? Ade..3kali?Alhamdulillah tapi lagi elok kalau korang bukak banyak kali dalam bulan Ramadhan nie tapi jangan bukak saje tau..bacala skali. Kalau boleh, khatam skali atau beberapa kali dalam bulan puasa nie. Cakapa senangkan tapi Skype xtau buat ke idak. Astaqfirullahalazim… InsyaAllah, smoga Skype buat jugak. Yang tak penah bukak&baca Quran lagi tahun nie, bukak&bacalah..sebab bulan nielah nie bulan yang seswai untuk kita mulakan. 

:: SOLAT ::

budak solat Buat solat sunat banyak2. Banyak pahala Allah bagi kat bulan Ramadhan KArim nie…

:: ZIKIR ::

zikirZikirla banyak2 beb…lagipun senang je nak ucap kat mulut tu. Lakukan dengan ikhlas InsyaAllah, ALLAH terima zikir kita. Tak payah pakai tasbih pun xpe beb..

 :: SEDEKAH ::

sedekahBulan Ramadhan memang bulan yang penuh dengan barakah. Jadi, bersedekahla kita kepada yang memerlukan. Kalau ade budak2 yang datang mintak sedekah dengan sindiket tu bagila tapi xpayahla bagi banyak2. RM1-2 sudahla pastu doa skali supaya budak tu diselamatkan daripada sindiket tersebut & berdoa supaya ALLAH bagi hidayah kat anggota sindiket tu. InsyaAllah, Tuhan akan makbulkan doa kita.

 

INGAT!!!

puasa bkn sekadar... puasa bkn sekadar.... 2jpg

 

DAN INGAT!!!

puasa

(^o❤‿❤)^o

SELAMAT BERPUASA KEPADA KORANG SEMUA. HARAP2NYA DAPATLA KITA PUASA PENUH YE TAHUN NIE. AMIN…MINTAK MAAF SEMUA KALAH ADE YANG TERASA HATI NGAN SKYPE EK.

☆┌─┐ ─┐☆
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─ PeAcE 4 palastine
│▒┌──┘▒▒▒
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
└┐▒▒



04 August, 2010

israel Sokong PBB Tubuh Panel Siasat Serangan Flotila?

Assalamualaikum semua,

flotilla

Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon telah menubuhkan panel siasatan terhadap kes serangan flotila ini yang dianggotai oleh 4 orang. Panel tersebut dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer dan Presiden Columbia, Alvaro Uribe sebagai Timbalan Pengerusi, sementara 2 lagi ahli masing-masing dari israel dan Turki. Identiti wakil dari Turki dan israel bagaimanapun tidak diberikan. Panel tersebut dijadualkan mula bertugas pada 10 Ogos ini dan akan menghantar laporan pertama mereka pada pertengahan September.

Panel ini ditubuhkan setelah israel mengubah pendirian mereka secara mendadak dengan memutuskan untuk menyokong siasatan tersebut. Skype heran betulla, canela tiba2 israel laknatullah nie boleh ubah fikiran. Sebelum ini, israel bukan main berkeras lagi taknak sokong siasatan dilakukan.

benjamin netanyahu, perdana menteri israel dikatakan  menyokong siasatan dilakukan selepas menerima nasihat daripada tujuh anggota forum menteri-menteri dorang yang memberi jaminan bahawa panel yang dilantik nie adalah seimbang dan adil.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky plak cakap yang inkues nie bukanlah satu siasatan jenayah. Adooii..apsal plak bukan siasatan jenayah? bukan ke komando israel da tembak mati akitivis Gaza tu? Tak tahulah macamane siasatan tu nanti…tapi harap2la ianya betul2 adil dan telus.

Hari makin hari Skype tengok isu Palestin nie semakin membisu dikalangan kita. Semuanya bizy dengan urusan peribadi dan blogger2 pun da tak ramai da yang follow-up pasala benda nie. Asyik2 pasal duniawi…

Skype bukan ape, cuma terfikirkan kat akhirat kelak jer.

InsyaAllah, sama2la kita updates pasal isu Palestin nie. Skype percaya ramai blogger2 hebat di luar sana yang boleh menulis dengan bagus . Please…demi ISLAM. :)

p/s: Kepada yang ingin membantu rakyat Palestin boleh bank-in duit ke Tabung Palestin HALUAN seperti yang tertera pada banner kat bawah.

L4G 629x443



Related Posts with Thumbnails