RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

23 June, 2010

Tags & Awards Lagi (^o❤‿❤)^o

Assalamualaikum semua,

tag-heuer_logo Hari nie da masuk 23hb, maknanya dah 8 hari Skype xupdates blog Skype nie. Terima kasih kepada korang yang sudi singgah blog Skype, tak kiralah singgah baca en3 ke, singgah klik nuff ke, tinggal jejak ke..Skype ucapkan terima kasih bebanyak. Minggu nie Skype takde mood nak updates blog…tak taula nape tapi meb World Cup kot. Skang nie Skype bizy ngan training bola, 22 Julai nie Skype ade tournament so training padat sketla. Skype training petang pastu malam layan bola jap pastu terus tidoo…Tak sempat Skype nak on9, kalau sempat pun just balas komen jer. Hari nie mood Skype untuk blogging da datang so ape lagi, updates en3la jawabnya. Ingat nak buat en3 pasal World Cup tapi ade beberapa award & tag yang belum  Skype langsaikan, jadi Skype ingat nak bayar hutang tag dulula.

Tag yang pertama adalah:-

20 Perkara Mengenai Saya

:: Tag From Yastro & Gombak Mali::

Tentang Skype

  

:: Tag Serta Award From Maheyra, Myranaqi & Gombak Mali ::

Award Beauty Blog

Beauty Blogger Award

Adakah anda rasa anda HOT?
Skype memang HOT tau..hot nak tido, ngantuk giler nie.

Apakah wallpaper laptop/pc anda sekarang?
Wallpaper Sekarang

Ceritakan pasal wallpaper anda tue!
Skype jumpa gambar nie kat blog seorang photographer. Blog dia ade kat list blog photographer kat sidebar Skype. Cantik tul gambar yang dia shoot tau. Dah berbulan dah Skype pakai wallpaper nie sebab bunga & warna hijau nie menenangkan Skype setiap kali Skype mengadap laptop.

Bilakah kali terkhir anda makan pizza?
Skype xingatla sebab Skype jarang2 jer makan pizza. Tapi kalau da makan tue memang best r sebab biasanya yang suka beli pizza nie adalah ofismate Skype. Nama dia Abe Shed…kalau kena time memang dia akan belanja kitorang pizza. Best woo…hu3. Lagi satu Skype suka pizza yang kat Batu Burok, Terengganu. Pizza dia memang best, besar, bahan banyak & menjilat jari…lagi best daripada pizza hut.

Lagu paling latest anda dengar?
Lagu dari kumpulan Saujana yang bertajuk
Patah Hati. Lagu nie memang best…kena dengan jiwa Skype. Skype sebenarnya minat nasyid sebab bila Skype bila dengar lagu2 nasyid nie ianya dapat mengingatkan Skype kepada YANG MAHA ESA. Selain tu, lagu latest yang Skype dengar adalah Terima Kasih dendangan Zamani Slam. Lagu nie adalah lagu terbaru beliau. 1st Skype dengar mase dia perform kat Bukit Gambang Resort City hari tue.

Apa yang anda buat selain selesaikan tag nie?
Menghiburkan ofismate@homemate Skype yang terpaksa menjalani PLKN pada 26 Jun nie. Kesian dia, skang nie dalam dilema…mane taknya, da keje dekat 2 tahun tapi terpaksa pergi PLKN gak. Citernyer cani, dulu masa dia kena panggil pergi PLKN dia tangguhkan dulu sebab dia tengah study. Lepas study hari tu dia dapat tawaran kerja so dia terimalah pastu da keje hampir 2 tahun nie baru PLKN panggil. Meb dia rase tak bestla untuk pergi PLKN sebab da biasa dengan kehidupan bekerja. Kesian diakan…hu3..

Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape?
Timberlake(family Skype panggil nama nie), Joe Cole(kawan2 pejabat)…hehehe…

Tag lagi 8 orang!
8 jer…?Skype tag semualah…hu3…

Siapakah orang no. 1 kepada anda?
Skype tag sape ek no.1? Lupe lak, so takleh jawab…

Katakan sesuatu kepada orang no.5!
Katakan TIDAK pada ROKOK!!!…

No. 3 ada hubungan dengan sapa?
Hubungan terlarang….hu3

Bagaimana pula dengan no.4?
Sape no.4 ek?

Pesanan kepada orang no.6!
Tolong tengokkan lappy saya sat, sy nak g tandas sat.

Kata2 cinta untuk orang no.2!
I luve u so much honey…do u marry me?hehe…

Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
Kasut sekolah dia sama kot…

Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.

Maheyra(seorang blogger yang suka pelangi…yer ke?ye kot).hu3…

Myranaqi(myra nie kawan kolej Skype dulu, xsangka dapat jumpa dia kt blog.)hu3...rindu!

GombakMali(seorang blogger yang tinggal di Gombak)hehe….

Perasaan anda semasa buat tag ini.
Penat, blur, ngantuk…hu3…

Adakah anda tau si razman itu sengal?
Dah lame dah tau si razman tu sengal?(jgn marah yea org yg bernama razman, tiba2 jer lam tag nie sebut nama razman)huhu…

Gay or Less?
Of coursela gay…hahaha…

 

Sekian, dimaklumkan…Jom layan Argentina ngan Greece dulu sebelum tido.

 

Adiosa!



15 June, 2010

5 Rahsia Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu [Part 1]

Assalamualaikum semua,

Rahsia Lelaki Kali nie Skype nak kongsikan ngan korang semua terutamanya blogger wanita mengenai rahsia lelaki yang patut korang tahu. Bukan mudah sebenarnya wanita nak korek rahsia daripada lelaki, sebab lelaki nie terkenal dengan sikap mereka yang kebal dengan rahsia. Tidak kiralah rahsia tersebut adalah rahsia yang baik mahupun tidak, itulah kekebalan lelaki yang susah untuk wanita tembusi. Tetapi, sebenarnya korang(wanita) boleh tahu sikap & kriteria seseorang lelaki tu dengan melalui gerak-geri dan perlakuan mereka. Dengan cara ini sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk menilai seseorang lelaki…So, ape lagi..jom cokodok kat bawah nie…

1Korang perlu tahu yang lelaki tidak akan tertarik dengan seseorang gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik. Apa yang pasti, lelaki cukup senang sekiranya berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja, dan tidak mengada-ngada tidak kena tempat.

2Lelaki juga mudah cair jika gadis yg mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka. Contohnya, jika si lelaki meminati sukan bola sepak dan si gadis memberi sepenuh sokongan padanya. Pada masa sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai persamaan dengan dirinya.

3Lelaki bukan seorang yang ‘mesra’ telefon! Itu perkara yang perlu korang ketahui wahai si gadis. Bagi mereka yang baru bercinta, jangan suka sangat kalau di awal percintaan si lelaki asyik dok berbalas SMS dengan kamu kerana ianya hanya sementara. Lelaki berSMS dengan kamu di awal percintaan adalah untuk mengenali kamu dengan lebih dekat dan menawan hati kamu sahaja. Setelah kamu bercinta selama 1-2 tahun si lelaki akan kurang berSMS dengan kamu kerana itulah sifat mereka. Dan kamu juga perlu tahu bahawa mereka(lelaki) lebih suka melakukan aktiviti lain selain berSMS.

4Fesyen! Lelaki memang fail pasal nie wahai kaum wanita. So, korang jangan dok marah2 kat lelaki sebab tak pandai nak berfesyen. Lelaki akan pakai apa yang dorang rasa selesa untuk dipakai, tak kiralah apa yang dorang pakai tue tak sesuai dengan dorang. Jika si wanita ingin menegur si lelaki mengenai pakaian mereka diharapkan tegurla dengan berlapik supaya si lelaki tidak terasa hati dengan anda.

5Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating untuk kali pertama. Jadi, jika korang(wanita) berada dalam situasi sebegini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya mengenai filem terbaru sekarang atau lagu kegemaran mereka.

So, kepada wanita2 di luar sana yang sudah mempunyai teman lelaki tue faham2la ya. Janganlah dok ambik hati sangat dengan teman lelaki anda tue. He3..pastu kepada yang masih tercari2 tue, rahsia2 kat atas tu diharapkan dapat membantu korang memahami lelaki.

Tunggu 5 lagi Rahsia Lelaki yang Skype akan bongkarkan pada post yang kedua nanti k.

 

Adiosa!

13 June, 2010

Lagu Rasmi FIFA World Cup 2010 Pelbagai Versi

Assalamualaikum semua,

Hari nie dah masuk hari ke-3 World Cup 2010 & setakat ini sudah 6 game sudah berlangsung. Sebentar tadi baru je habis game antara Algeria dan Slovenia yang berkesudahan 0-1. Pada pukul 2 pagi ni plak (waktu Malaysia) ade satu game antara Jerman & Australia. Kali nie Skype nak post lagu2 rasmi FIFA World Cup 2010. Skype ingat nak post 10hb (malam sebelum game bermula) tapi tak sempat sebab Skype balik kampung. Lagu World Cup 2010 yang Skype nak post nie ade beberapa versi. So, Korang layanla ek…adios… :=)

FIFA WORLD CUP SOUTH AFRICA 2010 THEME SONG

K’Naan feat David Bisbal – Wavin’ Flag

 

Shakira – Waka Waka

 

Akon – Oh Africa

 

K’Naan feat Nancy Ajram – Wavin’ Flag

 

Adiosa!

07 June, 2010

Kontest Nak Menang BlackBerry!

Assalamualaikum semua,

KNMBB1Fuuuhhh….edit punya edit, akhirnya siap jugak gambar untuk “Kontest Nak Menang Blackberry” yang dianjurkan oleh TTT nie. Perrgghh…memang dugaan betulla nak buat gambar nie. Rasa cam prepare untuk exam mase sekolah dulu pun ade.Hu3…Buat pengetahuan korang yang tak tahu lagi, kontest nie dianjurkan oleh seorang blogger yang ayu, chumel, cantik, menarik, tertarik & memang daboom…(ayat bodek nie TTT..hehe). TTT adalah seorang blogger yang very2 peramah & friendly and that’s why kalau korang tengok kat blog dia ramai giler blogger2 BW. Memang tak putus2 blogger len BW kat blog TTT nie. Setiap jejak & komen yang korang tinggalkan amat, pasti, sure TTT akan balas. Dan dek kerana sikap ramah & friendly itulah yang menyebabkan Skype juga selalu berkunjung ke blog dia. Lateyly, Skype tengok en3 dia banyak ke arah mempromosikan blog2 orang lain. Baikkan TTT…dia rela xupdates blog dia pasal nak promote blog korang. Oklah, skang Skype nak citer cane cabaran yang Skype lalui sepanjang tempoh menyiapkan gambar untuk “Kontest Nak Menang Blackberry” nie. Memang mencabar giler…jom cekodok kat bawah. :=)

Mula2..jom kita kenal empunya badan yang menganjurkan kontest nie.

TTT10                        Abe TTT10 

Blog Toh Tuan Tanah nie dulu adalah kepunyaan Abe TTT tapi skang Abe TTT telah mewariskan blog nie kepada TTT. Sebab2 diwariskan tu, tak tahula plak Skype…korang nak tahu tanya TTT sendiri k. :=) Ok, skang kita pergi kepada usaha2 untuk menghasilkan gambar kontest nie.

Nak ambik gambar kena ade kamera beb tapi Skype xde kamera…sedihkan. Sob3…kamera hp?kalau nak guna kamera hp Skype kena tunggu kucing tumbuh tanduk dulula…hehe. So Skype pinjam kamera kawan Skype. Thanx Min..Cayang kamoo..aauuww…

Bila Skype da dapat kamera ape lagi, bermulalah shooting(ceh..mcm model plak ko Skype). Korang tau tak Skype capture gambar kat mane? Mesti korang tak tahukan..hehe. Ok, Skype bagitahu tapi korang jangan bagitahu orang lain @ pun boss Skype tau sebab Skype shooting kat satu bilik rahsia kat ofis Skype.Hu3…Skype shoot kat bilik tu sebab kat situ lampu terang giler. Kiranya bilik nie tempat yang paling sesuaila. Kalau kat umah Skype, lampu tak terang sangat. Sssshhhh….(sambil jari telunjuk kat mulut), jangan gtau orang tau.He3…

Ok, mula2 Skype tangkap gambar sendiri tapi tak menjadi(biasala orang xbiasa tangkap gmbr sndiri..keh3), pastu Skype guna setting auto capture tapi xleh gak, gambar tak memuaskan. Fikir punya fikir, akhirnya Skype terpaksa tebalkan muka Skype dengan mengajak kawan Skype yang satu shift ngan Skype masa tue. Namanya adalah Tuut..xleh gtau sebab nanti ade ofismate Skype tahu. Skype nie dahla pemalu pastu plak terpaksa panggil kawan Skype untuk ambik gambar…Addooii, bertambah laa malu Skype.shy Tapi takpe Skype dah rasuah dia tau supaya jangan gtau orang len.keh3…

Oklah, dah panjang Skype melalut. Skang Skype akan tunjukkan gambar yang korang semua nantikan. Hu3…

PortTuanTanah

Taadaa….inilah gambarnya. Skype rase takde lagi kot yang buat theme World Cup so Skype decide untuk buat cani. Skype buat cani sebab untuk cari kelainan. Sebelum nie, kalau TTT perasan, Skype pernah tanya TTT pasal team World Cup kat bahagian komen en3 Skype yang bertajuk “Dugaan Yang Mengajar Erti Kehidupan”.He3…Pertanyaan tu sebenarnya rentetan daripada perjalanan Skype untuk buat gambar ni  tau. TTT cakap Abe TTT suke Spain agaknya tapi disebabkan Skype takde jersi Spain so Skype andaikan yang Abe TTT minat Bellanda. Pastu TTT gtau yang TTT tak tahu pasal bola, jadi memandangkan TTT ade kat Jepun skang nie…Skype sarungkan TTT dengan jersi Jepun. (Jangan lupe sokong Japan tau TTT.Hu3) Skype pulak tentulah kena pakai jersi England sebab Skype minat England.

Sepatutnya seluar England tue putih tapi disebabkan Skype takde seluar putih so Skype pakai seluar bola yang Skype ade iaitu seluar warna merah sebab warna merah pun warna England. Skype ingat nak clorox seluar tu tapi sayangla. Kalau TTT nak ganti balik seluar Skype tue meb Skype akan pertimbangkan.He3…Pakaian tu semua milik Skype tau, takde pinjam ngan sape2. Beli semata2 untuk kontest nie.kui3…Cume kasut yang Abe TTT pakai tu yang Skype pinjam rembat kawan Skype punya.Ha3…

Oh yer, kalau Abe TTT memakai topeng Vandetta, TTT plak sensoredkan matanya, maka Skype plak menggunakan topeng Zorro sebab Skype memang suka Zorro. “Berkhidmat Tanpa Mendedahkan Identiti” Betul ke nie tagline Zorro, Skype men hentam je nie.Hahaha…

Oklah, sekian sahaja daripada Skype(skemanya). Skype tak tahulah boleh menang ke tak nie? Tengokkan gambar yang orang lain hantar bukan men cantik lagi daripada Skype. Adooii…xpelah, untung sabut timbul, untung batu tenggalam.(cis berpantun bagai ko Skype, padahal dalam hati bukan main lagi nak menang)keh3.. 

FAKTA PERKATAAN: TERDAPAT 475 HURUF T DALAM EN3 SKYPE KALI NIE.HARAP MAKLUM!!!

  

Adiosa!

04 June, 2010

Mr. Happy Award From Yastro & Shameel:)

Assalamualaikum semua,

mr happy *Updated - Kali nie Skype nak post en3 pasal award yang Skype dapat daripada Shameel & YastroOnline. Kalau xsilap, Skype dapat award nie minggu lepas & award nie menggambarkan seseorang yang heppy & kepada yang tak heppy tu harap2 dapat mengheppykan diri masing2 k. Skype heppy ke? Erm, skang feeling Skype biasa2 jer tapi bila dah dapat award nie rasa cam hepi lak...huhu…Papepun thanx kepada Shameel & Yastro kerana sudi bagi award nie kat Skype. Bagi Shameel award nie terapi jiwa tika duka sebab tulah nama award nie Mr. Happy. Award nie mempunyai beberapa soalan yang perlu Skype jawab, so kalau korang nak tahu pe soalannya…jom wassup2 kat bawah nie… :)

 

Soalan2 Award Mr. Happy

Adakah anda happy sekarang?
Erm…hepp tapi xheppy sgtla…hu3…

Kenapa anda heppy?
Skype heppy sebab hari nie Skype cuti so bolehla rehat2 kat umah & InsyaAllah, minggu depan Skype akan dapat sesuatu..hu3…

Apakah benda yang boleh membuatkan anda heppy?
Kalau benda, Nikon D90 kot sebab hari tu Skype dah cukup duit nak beli tapi terpaksa guna untuk benda lain yang lagi penting. Sob3…

Pernahkan anda menerima tag?
Pernah kot..yang nie yang kedua kot…hu3…

Nyatakan warna yang anda suka.
Biru Muda(Biru Air Laut)

Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
TTT

MiloFloat

Maheyra

Cik QiQi

Kaizen

Leelee

Gombak Mali

Safiya Ulfah

Farisazmi

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Tulis panjang berjela pun takpe.
Skype tag nie atas dasar friendship yang terjalin antara Skype dengan korang sume. Ade yang Skype dah biasa & ade jugak yang Skype xkenal pun tapi tu bukan alasannya, alasannya adalah kita sama2 berblog & sentiasa menulis untuk berkongsi pelbagai ilmu di alam maya. Teruskan berkongsi ilmu yang korang ade dengan seikhlasnya. Adiosa! :)

Adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?
Alhamdulillah, Skype heppy & bersyukur sangat2 apa yang Skype ada skang. :)

 

Adiosa!

02 June, 2010

Blue Van Giveaway

Assalamualaikum semua,

Blue Van Giveaway

Jom join Blue Van Giveaway kawan2…

Just click here!!!

01 June, 2010

Doa Untuk Sukarelawan Gaza

Assalamualaikum semua,

israellaknatullah Seperti yang kita sedia maklum bahawa para sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusian ke Gaza telah diserang oleh askar komando rejim zionis yang keji lagi jahil. Setakat ini, yang Skype tahu setelah membaca beberapa website seperti Al-Jazeera, seramai 20 orang telah terbunuh & 30 orang lagi cedera. Mungkinkah angka tersebut akan bertambah? Mungkin akan bertambah, jadi marilah kita sama2 berdoa supaya ALLAH SWT selamatkan mereka daripada kekejaman israel laknatullah. Seorang pendakwah di Malaysia nie telah menyarankan kita membaca Qunut Nazilah & berdoa kepada ALLAH SWT supaya para peserta konvoi tersebut selamat & seterusnya dapat memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang teraniaya.

DOA QUNUT NAZILAH

   

Wassalam.

Related Posts with Thumbnails