RSS Feeds

Artikel Sepanjang Minggu Ini

30 May, 2010

2 Awards in One Days

Assalamualaikum semua,

awards 14 Mei hari tu, Skype dapat 2 awards daripada 2 orang bloggers, iaitu Fasya Abdy & Cik Leelee. Dua2 awards tu Skype dapat pada hari yang sama cuma masa jer yang berbeza 30 minit. So, Skype decide nak combinekan awards2 tersebut dalam satu en3…hu3..1st, Skype nak mintak maafla kat Fasya & Leelee sebab selepas 2minggu baru Skype buat en3 pasal awards nie. Sebenarnya Skype terlupe…hehehe…Masa dapat awards tu dah ingat dah, siap masuk dalam senarai harian Skype lagi tapi terlupe jugak. Di tambah plak, Skype bizy dengan keje so semakin terlupala Skype nak buat en3 pasal awards nie. Papepun, thanx kepada korang kerana sudi memberikan Skype awards2 tersebut. “Dah2…cukup2lah merapu Skype, ajak dorang tue jom layan awards yang blogger2 bagi nie….”Huhuhu….

Blogger Award Friendship
(◕‿◕✿)

award frenship Mate :: Awards from Fasya Abdy ::

Friendship Award nie bagi Skype ianya suatu makna yang mendalam yang melibatkan hubungan Skype & blogger2 semua. Semoga kita semua terus sukses berblog & teruskanlah menggunakan medium ini untuk  mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan berkongsi perkara-perkara yang baik demi “masa depan kita kelak”. Semoga dunia bloging terus maju & berjaya dalam ruangnya. Awards nie Skype bagi kepada semua bloggers2 kerana…….

“We All Are Friends”

   

Nice Bloggers Award
(◕‿◕✿)

nice blogger awards:: Awards from Leelee ::

Untuk awards kedua nie, Skype kena jawab beberapa soalan yang telah diberikan. Jom Layan….

1.Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
Nak makan…lapow2…ade bunyi aiskrimla kt luar umah,nk g beli aiskrim dulu..hu3.

2.Apakah nama samaran anda?
Jimie.

3.Berikan 3 orang yang anda sayang. 
Mak, Ayah & Anak Adam.

4.Panggilan untuk si dia. . .
Erm…sape dia tu?

5.Hadiah apa yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
Nikon D90…keh3.

6.Blog manakah yang anda suka melawat?
Blog yang sempoi, berilmu & peramah(dlm erti kata lain..TIDAK SOMBONG!)

7.Tagkan kepada 15 rakan blogger anda.
Sape-sape yang nak awards nie ambikla sebab blog korang semua memang NICE.()

  

Adiosa!

29 May, 2010

Blogwalking Software [Percuma]

Assalamualaikum semua,

blogwalking Semakin hari semakin ramai blogger wujud & jumlahnya semakin hari semakin bertambah. Wujudnya blog2 tersebut mungkin atas dasar peribadi, minat berblog, mahu cari duit sampingan dan sebagainya. Namun pada en3 Skype kali nie bukan ingin mempersoalkan hal tersebut tetapi ingin MENOLONG BLOGGER2 yang baru nak naik macam Skype nie untuk mendapatkan traffic yang tinggi @ dalam erti kata yang mudah “nak bagi ramai orang datang ke blog kita”. Tak kirala, mereka yang datang tue hanya sekadar menjadi silent reader ataupun membaca & mengomel skali.

Jadi, apa yang Skype ingin kongsikan dgn korang sume adlh sebuah SOFTWARE BLOGWALKING yang diilhamkan oleh PakcikHusen (PCH) yang mana benefits yang korang akan dapat nanti adalah korang dapat men“up”kan traffic blog korang. Selain tue, software jugak dapat mempromote blog korang dan akan menjimatkan masa korang untuk blogwalking. Jadi, kepada yang bizy ngan keje & jarang dapat on9…software nie memang seswai untuk korang. Selain tue, korang akan mendapat 1 banner khas yang akan dicreate oleh PCH.

Syarat-syarat untuk korang dapatkan software nie adalah dengan mempunyai blog sendiri & hanya tuan punya blog sahaja yang dapat apply software nie. Software nie percuma kepada 50 bloggers terawal mendaftarkan diri di bahagian komen en3  PCH. So, untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh dapatkan info kat blog PCH sendiri.

 

Adiosa!

27 May, 2010

Tips Selepas Langgar Kereta Orang

Assalamualaikum semua,

Tips Eksiden

En3 sebelum ni Skype ade bagitahu pasal Skype langgar kereta orangkan? So kali nie plak Skype nak kongsikan dengan korang tips2 yang patut korang lakukan apabila berada dalam situasi Skype pada masa tue. Biasanya korang dengar tips pasala blog jerkan? tips up traffic la, tips nak itula, tips nak inila…tapi kali nie Skype nak kongsikan ngan korang sume TIPS SELEPAS LANGGAR KERETA ORANG. Sebenarnya kalau korang tak tahu cane nak handle diz moment bahaya jugak tau sebab nanti orang akan ambik kesempatan atas diri korang. So, Skype harap tips nie akan dapat membantu korang semasa menghadapi keadaan tersobut. Jom Layan.

Ok, kat bawah ade beberapa step yg korang patut lakukan selepas korang langgar kereta orang.

:: Step Pertama ::

JANGAN PANIK (tapi Skype tahu korang tetap akan panik…huhuhu)

:: Step Kedua ::

Alihkan kereta korang kat tepi jalan dulu. Kalau tak, habis jem roti jalan. Lebih2 lagi kalau mase tu time orang masuk/kuar ofis. Kalau kete xleh gerak biarkan ajo kat tengah2 jalan tu..huhuu

:: Step Ketiga ::

Keluar dari kereta & tengok kerosakan kereta korang dan lepas tu tengok plak kerosakan kereta yang korang langgar. Biasanya bila dah langgar nie memang kedua-dua kereta akan ada kerosakan, tak kiralah rosak tu sikit atau banyak & korang akan dimaki jika sekiranya yang bersalah tu adalah korang & menurut undang2 pun memang orang belakang(yang melanggar) yang bersalah. So, bersedialah untuk dimaki & kalau boleh jangan maki balik. Cuba balas balik percakapan dengan baik & sebaiknya korang terangkan cane perkara nie boleh terjadi. Kalau betul korang yang bersalah, jangan cepat mengaku salah. Korang cubala ambik hati orang yang korang langgar tu & selepas itu barulah korang mengaku salah korang.

:: Step Keempat ::

Bincang dengan pemandu kereta yang korang langgar tu apa tindakan yang korang berdua nak ambil selepas ini dengan nada percakapan yang baik & sopan santun supaya dia tak bengang ngan korang, kalau perlukan aauuww…korang aauuww jerla.hehe….Dalam perbincangan nie, korang boleh suggestkan beberapa solutin kepada pemandu yang korang langgar tue mengikut tahap kerosakan kereta korang berdua…

Tahap Kerosakan

*Rosak Banyak =  Didefinisikan sebagai rosak yang melebihi kemampuan korang untuk bayar kos pembaikan. Seperti contoh: korang hanya mampu keluarkan duit sebanyak RM200 jer untuk membaiki kereta orang yang korang langgaer sedangkan kerosakan kereta tu melebihi RM200.

*Rosak Sikit = Didefinisikan sebagai rosak yang korang mampu bayar untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tue..

  i – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Banyak!

  • Kalau situasi sebegini, sebaiknya korang berdua pergi buat report kat balai polis yang berhampiran supaya kos pembaikan kereta korang & kereta yang korang langgar dapat di claims dengan pihak insurans.
  • Kalau korang kaya/anak orang kaya, korang boleh settle dengan bawak kereta korang & kereta yang korang langgar tu ke bengkel & korang bayar semua kos pembaikan.

  ii – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Rosak Sikit!

  • Situasi sebegini pun sebaiknya korang buat report kat balai polis supaya korang dapat claims insurans untuk baiki kereta korang yang rosak banyak tu. Untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tu, pemilik kereta tu akan claims kos pembaikan ke atas insurans korang. So, korang xpayahla nak kuar duit untuk bayar semua tu.
  • *Begitu juga sebaliknya jika Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar tu Rosak Banyak!

  iii – Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Sikit!

  • Dalam situasi cani, korang boleh settlekan tanpa perlu report polis. Seperti yang Skype dah terangkan definisi “Rosak Banyak” kat atas tue, korang boleh counttim elok2 ngan pemilik kereta yang korang langgar tu untuk bayar kos pembaikan kereta dia. So, tak payah korang nak bersusah payah pergi balai nak buat report.

Oh yer, kalau korang pergi buat report & korang didapati bersalah, korang akan disaman sebanyak RM300 tapi jangan takut untuk disaman sebab elok korang disaman RM300 daripada korang bayar kos pembaikan kereta yang beribu-ribu ringgit. Yang ribu-riban tu pihak insurans boleh bayar untuk korang. Lagi satu, kalau korang nak buat report..buat dalam masa 24jam. Kalau korang buat selepas 24jam eksiden tu berlaku, korang akan didenda RM400.

 

Adiosa!

24 May, 2010

Dugaan Yang Mengajar Erti Kehidupan

Assalamualaikum semua,

funny-accident-videos

Hye…apa kaba korang sume? Skype harap korang sume sihat k, klu xsihat jangan mengeluh…tu mungkin ujian ALLAH kat kita tau. Dah seminggu Skype xupdates blog nie, nak blogwalking pun xsempat. Semuanya bermula pada 15 Mei yang lepas, iaitu selepas Skype join hari keluarga kat tempat Skype. Malam tu bukan main hepi lagi, makan xsoh cakap r…Skype makan segala hidangan yang ada. Lepas tu keesokannya Skype sepatutnya ke KL untuk menghadiri kursus tapi disebabkan sakit kepala & lambat bangun tido(hehehe…) Skype tak jadi pegi. Lepas batalkan kursus tu ingat bolehla rilek2 tapi tak boleh rileks jugak sebab petang tu Skype ade meeting ngan executive Skype daripada KL. Walaupun sakit kepala, Skype tetap pegi jugak meeting petang tue. Meeting punya meeting, kitorang berhenti makan kul 7 malam, kepala Skype semakin sakit & Skype muntah, mjurla Skype muntah kat tandas. Kalau tak jenuh kena cuci.huhuhu….

Hari tu rasa cam azab sangat. Letih woo muntah…Dada lak rasa cam susah nak bernafas. Lepas solat maghrib,Skype tido kat ofis sampaila meeting habis kul11mlm.(Sori tony,i skip dat meting). Pada keesokan harinya keadaan Skype masih lagi lemah tapi Skype terpaksa gak ke pejabat pos untuk poskan barang kawan Skype. Kalau ikutkan keadaan yang xsihat nie, Skype memang xnak pergi tapi disebabkan dah janji terpaksala Skype go on. Otw ke pejabat pos, Skype eksiden tapi jangan risau Skype “OK”. Skype langgar belakang kereta viva. Viva tu baru je kuar 6 bulan. Sian viva tu baru kuar dah kena tukar bumper baru. Skype ngan kete Nissan kawan Skype mase tu. Kete kawan Skype rosak bonet depan tapi xdela teruk sangat p2 lampu depan pecah sket. Yang teruk sket viva tu la….

Dahla tengah sakit p2 langgar plak kete orang p2 kena bayar lak kos pembaikan kete viva tu. Skype ingat nak buat report tapi disebabkan xnak menyusahkan kawan Skype so ambik decission untuk bayar jer kos pembaikan tu. RM695 woo…terduduk jugak Skype memikirkan nilai tu. Skype bayar separuh-separuh…baru xrasa banyak. Terbang camtu jer duit Skype….sob3 tapi mujurla Skype cepat sedar yang semua yang ada kat Skype nie adalah pinjaman daripada YANG MAHA ESA. Jadi..tak terasa sangatla kehilangan rm695 tuh & Skype percaya buat baik dibalas baik & then kepercayaan Skype tu diperkuatkan apabila owner viva tersebut suruh Skype bayar just rm500 jer. Meb dia kesian & terpaku dengan kelembutan Skype melayan sms & panggilan dengan penuh sopan-santun. Yela, dalam kes eksiden nie..biasanya masing2 cuba untuk protect diri masing drp disalahkan tapi Skype cakap elok2 ngan dia walaupun eksiden nie berpunca daripada orang lain. Thanx y*n*i...

Selain itu, Skype fikir ini ujian bagi Skype & ianya dapat memberikan pengalaman kepada Skype jika perkara sedemikian berulang. En3 akan datang, InsyaAllah skype akan kongsikan dengan korang cane korang nak hadapi situasi nie.

Kini, hatiku lebih tenang….. :)

Adiosa!

18 May, 2010

Kenapa ALLAH beri kita dugaan?

Assalamualaikum semua,

pasrah ALLAH itu MAHA ADILkan? Diberikan kepada kita rezeki namun di celah2 rezeki itu ade dugaannya. Tidak kira besar @ kecil ianya tetap dugaan kepada kita. Bukan untuk menyeksakan hamba-NYA tapi sekadar mahu menguji kesabaran dan ketetapan iman kita. Begitu sombong kita kepada ALLAH sehinggakan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita setiap saat (udara) kita buat tak nampak dan betapa sayang-NYA ALLAH kepada kita kerana tidak pernah mintak satu sen pun daripada kita sebagai balasan untuk nikmat udara yang kita hirup. Kalau ALLAH S.W.T tuntut udara yang kita hirup itu dengan balasan, sesungguhnya seluas air di lautan pun kita tak dapat nak balas nikmat ALLAH tue. Begitu sayangkan ALLAH pada kita. KITA?

Hari tu, KAU berikan hamba-MU ini rezeki yang melimpah-ruah. Namun, pemberian-MU itu bukanlah sia-sia. Ianya mempunyai makna tersendiri. Tapi hamba-MU ini tidak sedar dan apabila ditimpakan dengan musibah tersebut barulah ku menyedari. Setelah ku tempuhi dugaan tersebut, aku ingatkan tiada lagi jalan penyelesaian tapi rupe2nya ada cuma ak saje yang tak nampak. Setelah ku sujud kepada-MU, KAU bukakan hati aku. KAU permudahkan segala urusan aku. Terima Kasih YA ALLAH. :(

13 May, 2010

[Updated] Sony DSLR A200 Untuk Di Jual – Sold Out Sudaa :)

Assalamualaikum semua,

Sony a200 Alhamdulillah, pagi nie Skype ade masa untuk buat en3 pasal kamera DSLR kawan Skype. Dah banyak hari janji ngan dia tapi hari ni baru dapat buat. Sori faiz, ak bizy sket…huhu. Ok, kawan Skype nie ade nak jual kamera Sony DSLR a200. Nape nak jual? Biasala bila skill dah up mestila nak cari yang lagi baguskan. So, kawan Skype ambik decision untuk jual & ambik yang better lagi sesuai dengan peningkatan skill dia skang. Model nie sebenarnya sangat sesuai untuk yang masih lagi beginner. So, kalau ade sapa2 yang baru nak berjinak-jinak & masih tercari-cari kamera DSLR nie dengan harga yang murah bolehla contact dia untuk dapatkan info pasal harga & kamera tu sendiri. Skype just nak tolong promote jer. Korang negola ngan kawan Skype. Si faiz nie ok, dia seorang yang peramah…ecece..puji kawan sendiri plak Skype.huhu….Dia dok area Cyberjaya. So, kalau ade sape2 yang berminat bolehla contact direct kawan Skype @ contact Skype untuk dapatkan no hp kawan Skype tue. Skype juga sertakan gambar kamera yang kawan Skype nak jual tu.

Email contact kawan Skype[Faiz]: faiz.ridwan1910@gmail.com

Email Skype: maphilando46@yahoo.com & ym id:maphilando46

SONY DSLR A200 BODY + LENS 1.8/50 + Lens 3.5-5.6/18-70

Sony DSLR A200:

IMG00220-20100429-1249Sony A200 Body (Depan)

IMG00221-20100429-1249Sony A200 Body (Belakang)

IMG00217-20100429-1248Lens Asal 1.8/50 (Angle Atas)

IMG00216-20100429-1248Lens Asal 1.8/50 (Angle Tepi)

IMG00219-20100429-1249Upgrade Lens 3.5-5.6/18-70 (Angle Atas)

IMG00218-20100429-1249Upgrade Lens 3.5-5.6/18-70 (Angle Tepi)

IMG00215-20100429-1248Taadaa…Sony DSLR A200

*Gambar nie kawan Skype hantar melalui Blackberry dia.

Kat bawah nie plak antara gambar2 yang pernah dia ambik menggunakan kamera a200 nie.

faezler2faezler3misha2wanjasom mraz pny kawan konvo

Ada banyak lagi gambar tapi Skype dah malas nak letakkan takut nanti bila korang bukak blog Skype nie jadi lembap plak. So, ape korang tunggu lagi…kalau korang rase dah berkenan kat Skype kamera tu, grab ajela. Lambat kang nanti dirembat orang plak. Siap bagi lens tambahan tue….Hohoho…

 

Adiosa!

12 May, 2010

Tips Baca Blog Yang Tak Boleh Dibuka

Assalamualaikum semua,

tips Erm..Skype xpasti samada seswai ke tak tajuk kat atas tu dengan apa yang Skype nak sharekan nie. Pagi semalam, Skype ditag oleh **Syira Mia Ariys World**…thanx Syira tapi bila Skype nak jenguk blog dia untuk ambik info psl tag tu xboleh. Page tu cakap(dey, thambi, page blh ckp kaa?) “This blog is open to invited readers only” yang bermaksud “Blog Syira nie dibuka untuk pembaca sehaja”. Lorr..memang Skype nak baca pun…Addooii…cane nie? Lepas tu ade ke patut Pak Cik Google tu cakap yang Skype nie seolah-olah tidak dijemput ke blog Syira. Wahh..sedap jer cakap camtu. Saje-jerkan nak api2kan kitorang.

 

cannot open

Erm…kalau diikutkan Skype mmg dah log on blogspot punya user dah tapi still kuar cani. Cuba log out p2 try bukak pun still xleh masuk gak blog Syira nie. Lepas tu godek punya godek, Skype terbukakla Google Reader…pada asalnya Skype xtahu pun Google Reader tu ape dia sebab Skype xpernah bukak pun..huhu…kat mane Google Reader? Ok, meh Skype tunjukkan…

1st – Login Google mail korang.

login Klik Untuk Tumbesaran Tulang :)

2nd – Lepas korang login, korang akan nampak tulisan “Reader” kat atas sebelah kiri.

reader Klik Untuk Tumbesaran Tulang Yang Kuat :)

3nd – And then korang akan nampak seperti gambar kat bawah.

reader page Klik Untuk Tumbesaran Tulang Yang Lebih Kuat :)

4th – Ok, kalau blog yang korang nak tengok tue adalah blog yang telah korang follow sebelum ni, korang pergi dekat kotak hijau kat sebelah kiri tu p2 korang pilihla blog mane yang korang nak tengok & then kalau blog tu adalah blog yang korang tak follow lagi, korang boleh tengok blog tu dengan ADD URL blog tersebut kat petak pink tue. Dekat ruangan biru yang Skype higtlightkan tue adalah entri2 terbaru yang di postkan oleh blogger2 yang korang follow.

Tips yang Skype share nie adalah just boleh tengok entri jer, xde chatbox, en. nuff, no comment & etc. Tapi bagi Skype okla sebab dapat tengok entry Syira nie. Oh yer, terima kasihg banyak2 kpd Cik Syira yer kerana sudi menge”tag” Skype. Actually, diz is 1st time Skype diTAG. Lagipun Skype still setahun jagung dalam dunia blogger nie…huhuu…

p/s: sorry faiz, ak xsempat lagi nak buat entry psl nak pomote ko pny DSLR…drp hr tu lagi ak janji ngn ko tp smpi skang pn xbuat lagi. bkn pe ak bizy sket..ko pun tau kan cane, lgpn ak tgh tunggu masa yang seswai utk post entry tu….hehe….

10 May, 2010

[Gambar]Kemenangan Bergaya Chelsea 8 - 0

Assalamualaikum semua,

trophy01_350x475_1040452a Semalam, sebagaimana yang korang tahu bahawa Chelsea telah mengangkat dirinya menjadi JUARA. Trimas banyak2 kepada player2 Chelsea kerana telah berusaha dengan sedaya-upaya untuk menang EPL nie & tidak menghampakan kami sebagai fans. Chelsea Is The Best Of The Team. Liverpool, Arsenal dan MU…try lagi season depan k.  Jangan frust…biasala adat permainan, ade yang menang, ade yang kalah. Diz season milik Chelsea, mane tahu season depan korang plakkan..tp hrp2nya Chelsea lagi tahun depan..hehehe…Skype xnak describe panjang lebar…korang tengokla sendiri kemenangan bergaya Chelsea semalam. 8 – 0 tuh…Lepas ni, harap2 dapat Piala FA plak..Gud Lux Chelsea & Chelsea fans.. Teruskan support team kita.

“CHELSEA FOREVER & EVER”

 

Disertakan gambar2 ketika perlawanan untuk tatapan korang.

Chelsea03_666x450_1040264a Gol Pertama Chelsea - Anelka

Chelsea4-isiGol Kedua Chelsea – Lampard (Lampard dijatuhkan dalam kotak penalti)

goalAik…nape bola nie ade dalam gol? Ooo..dah gol rupenya…

Chelsea7-isiDrogba majuk sebab xleh ambik penalti…hahah..gelak jugak Skype masa nie tapi Drogba majuk manja jer.

Chelsea14_350x475_1040386a Gol Ketiga Chelsea – Kalou (Await hang pecat baju…xpsl2 dpt kad kuning tp xpe gol ttp gol…hahah)

Chelsea03_666x450_1040264a Gol Keempat Chelsea – Anelka (macam penah tgk jer gmbr nie?erm….hahah)

chelsea22_666x450_1040402aGol Kelima Chelsea – Drogba (ko bt pe tu lampard…aduuh…hahah)

drogbaguitar20100509_500x281Gol Keenam & Ketujuh Chelsea – Drogba

45873-olympic-image1 Gol Kelapan Chelsea – Ashley Cole

ChampionsDan JUARA tentulah KAMI…THE TRUE BLUES

chelsea winsBARCLAYS PREMIER LEAGUE CHAMPIONS IS CHELSEA

trophy07_350x475_1040459aThanx Carlo Anchelotti – FA Next Plz!!!

chelsea01_350x475_1040259a  Thanx to U also, Roman…(gelak sorang2 ak tgk gelagat ko masa nk gol Roman, lucu giler..hahaha)

chelsea

Keep The Blues Flying High!!!

p/s:gmbr kredit to kampung chelsea

09 May, 2010

Aku, Anakmu Ibu

Assalamualaikum semua, :)

selamat_hari_ibu Hari ni seperti yang korang tahu adalah hari Ibu Sedunia. Alhamdulillah, Skype masih lagi mempunyai ibu & bapa. Kepada yang sudah tidak mempunyai ibu, diharapkan bersabar. Sesungguhnya, ibumu pergi dulu bukan pergi yang sia-sia tapi pergi yang bermakna. Skype ada kawan rapat yang kehilangan ibunya tahun lepas, Skype xtahulah macamane perasaaan dia skang…mesti sedih giler. So, kepada korang masih lagi ade ibu, dedikasikanlah ibu korang dengan sebaiknya.

Di kesempatan nie, Skype nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu Skype yang bernama Siti Mariam Binti Salleh. Walaupun Ibu Skype xtahu ape itu blog tapi diharapkan secebis kata-kata dalam blog nie dapat memberikan makna kepada Ibu Skype & diri Skype. Hanya Ibu Skype yang kenal Skype cane…dia yang tahu macamane nak kejutkan Skype daripada tido, dia yang tahu ape yang Skype suka makan.

Skang nie bila dok jauh daripada Ibu, Skype dah susah nak bangun tido, pergi keje pun lewat. Solat pun dah terbabas dah sket2. Kalau dulu, ade jer berbunyi..”anakku, dah solat lum”. Skype rindu saat2 seperti dulu. Kalau ibubapa Skype boleh dok sinikan best… :(

 

SELAMAT HARI IBU

 

Adiosa!

08 May, 2010

Konvoi Nasional Untuk GAZA

Assalamualaikum semua,

palestina_demo_jakarta_02072006 1st Skype nak minta maafla kepada blogger2 yang singgah kt blog Skype tp Skype xbuat kunjungan balas. Bukan ape, Skype bizy sket skang. Kerja dah start bertimbun dah nie. Nak on9 kat ofis sah2 xsempat sebab kena buat kerja, balik umah plak terus tido..letih woo… :( Skang Skype nak postkan en3 yang tertangguh 3,4 hari yang lepas & nak jalan2 kat blog korang. En3 kali nie maybe sedikit panjang so Skype harap korang xboring membacanya sebab en3 nie berkenaan kemanusiaan & agama kita, Islam.

Hari nie Skype ingin berkongsi sedikit info mengenai Palestin & kesengsaraan yang dihadapi saudara kita yang berada di sana. Skype terdetik hati nak buat en3 pasal nie bila Skype tengok MHI (4 April 2010) apabila seorang rakyat Palestin yang kudung kakinya dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan lanjut. Skype xsure NGO mane yang bawa dia ke Malaysia tetapi salah satu NGO yang terlibat adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia-MAPIM. Untuk segmen tersebut Wardina telah mewawancara lelaki Palestin tersebut. Wardina telah menitiskan air mata secara live kerana sebak melihat keadaan lelaki Palestin tersebut yang kudung kakinya akibat serangan oleh Zionis Israel.

Boycott Israel poster 3

Skype terfikir apa yang Israel nak sebenarnya…Adakah kuasa? Wang? Pengaruh? Ya..memang itu yang Israel mahukan dan dari segi Islam pula, Israel mahu menghapuskan umat Islam di Palestin. Mereka menggunakan segala kuasa yang mereka ada serta pengaruh daripada Amerika Syarikat untuk menyerang & membunuh rakyat Palestin. Pada asalnya, konflik yang mencetuskan kejadian sekarang adalah merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Namun konflik ini semakin serius dan menyebabkan ramai yang terkorban. Mereka menggunakan alasan ini sebagai satu peluang untuk mengusir rakyat Palestin.

gaza-freedom-march-poster

Setiap hari, ada jer berita kematian yang berlaku di Palestin disiarkan oleh media. Mereka membunuh rakyat Palestin sewenang-wenangnya dan menafikan hak mereka(rakyat Palestin). Korang tengokla peta kat bawah nie, dah berapa banyak dah tanah rakyat Palestin yang dirampas secara paksa oleh Zionis Israel nie sejak tahun 1946. Pada tahun 2000, negara Palestin semakin kecil & akan terus mengecil jika tiada tindakan di ambil oleh pihak2 tertentu. Dan kini pada tahun 2010, korang dapat bayangkan tak ape akan jadi? Korang fikirkan sendiri.

palestinmap

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membantu dengan menghantar makanan, ubat-ubatan, bahan2 pembinaan dan sebagainya tetapi ianya disekat oleh Zionis Kejam Israel dan ianya tidak sampai kepada rakyat Palestin. Walaupun ade sebilangan pihak yang dapat sampai & masuk ke Palestin tetapi mereka yang masuk cedera terkena bedilan Israel.

Pengepungan yang sedang dikenakan kepada Gaza sekarang sudah masuk 4 tahun. Ini telah menjadikan krisis kemanusiaan yang telah menyebabkan semua rakyat Palestine tanpa makanan yang cukup, air, ubat-ubatan, elektrik, bekalan bangunan , pakaian, mainan, dan kebebasan bergerak. Seramai 1.5 juta orang, lebih setengah daripada mereka adalah kanak-kanak, menderita akibat pengepungan tersebut. Sejak serangan di Gaza tahun lalu, seramai 1400 orang telah terkorban dan 50,000 orang kehilangan tempat tinggal. Selama 15 bulan rakyat Palestin terpaksa tinggal di khemah-khemah & tempat tinggal sementara kerana pembekal bahan bangunan tidak dibenarkan untuk memasuki Gaza bagi membekalkan bahan binaan untuk membina kembali rumah mereka.

viva gaza

Kali ini, VivaPalestine Dunia yang diterajui pelbagai NGO-NGO yang berusaha untuk membebaskan Palestine daripada kekejaman Israel telah merancang untuk menghantar ubat-ubatan & bahan binaan melalui laut setelah jalan darat di sekat. Pada 15 Mei 2010 nanti, 3 kapal kargo akan membawa lebih daripada 5,000 tan ubat-ubatan dan bahan binaan dan 5 kapal penumpang akan membawa lebih dari 600 orang. Salah satu kapal penumpang yang menyertai ekspidisi ini disumbangkan oleh seorang dermawan dari Malaysia. Ianya akan berangkat dari Eropah dan belayar menuju ke Gaza.

 Armada ini akan diketuai oleh Badan Amal IHH dari Turki dan disokong oleh banyak kumpulan di seluruh dunia, termasuk Gerakan Bebas Gaza, Gerakan Bebaskan Palestin , Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan Gaza, Greece dan Swedish Boat to Gaza dan lain-lain. Armada ini diketuai oleh Turki (berkemungkinan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri) kerana dikhabarkan Israel telah menyediakan kapal perang untuk menghadapi armada ini dan dalam pada masa yang sama negara Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jadi Perdana Menteri Turki telah mengambil keputusan untuk mengetuai armada ini dengan harapan Israel tidak menyerang armada ini dengan alasan hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara.

viva-palestina1

Hari ini, 8 Mei 2010…satu konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati, Shah Alam sedang diadakan. Kepada korang yang tinggal berdekatan bolehlah join untuk menyemarakkan lagi konvoi tersebut. Kalau korang ade nampak konvoi2 nie lalu kat tepi umah korang hari ni, korang kibarkanlah bendera Malaysia & Palestin. Untuk pengetahuan korang, konvoi ni adalah lanjutan daripada program2 yang telah dianjurkan VivaPalestin Malaysia dengan kerjasama badan2 NGO lain. Sebelum ini, bermula 28 Mac 2010 yang lalu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh VivaPalestin Malaysia untuk menerangkan mengenai permasalahan rakyat Palestin ini dan menerangkan tentang bantuan yang akan dihantar pada 15 Mei ini. Korang boleh dapatkan maklumat mengenai aktiviti VivaPalestine ini di blog mereka. VivaPaletineMalaysia.

Akhir sekali, marilah sama2 kita tengok video nie. InsyaAllah, semoga ianya dapat membuatkan hati kita lebih dekat dengan Allah dan membuatkan hati kita tergerak untuk membantu saudara kita di Palestine.

p/s:Kepada blogger yang beragama Islam, sama2la kita guna kelebihan berblogging ini untuk agama kita. Janganlah kita leka dengan duniawi yang sementara ini. Saling tegur menegurla sesama kita supaya kita tidak alpa dalam meneruskan hidup yang penuh mencabar ini. :)

03 May, 2010

TM Treasure Hunt 2010

Assalamualaikum semua,

TM Treasure Hunt Hari nie Skype nak kongsikan sesuatu yang menarik untuk korang semua. Huhu…Kepada yang sporting, sukakan cabaran dan mahu menang wang tunai, en3 nie memang amat sesuai untuk korang dan Skype sendiri…hehe. Sebenarnya minggu lepas lagi Skype nak post en3 nie tapi xsempat.Kelab TM Terengganu dengan kerjasama Kelab TM Pahang ada menganjurkan TM Treasure Hunt 2010 yang akan bermula di Batu Burok, Kuala Terengganu hingga ke Bukit Gambang Resort City, Pahang pada 22-23May 2010.

:: HADIAH PERTANDINGAN ::

> Kategori Kereta <

1st : RM4,000 & hamper

2nd: RM3,000 & hamper   3rd : RM1,5000 & hamper

4th-6th : RM400 & hamper   7th-10th : RM200 & hamper

> Kategori SuperBike <

1st : RM2,000 & hamper

2nd: RM1,500 & hamper   3rd : RM800 & hamper

4th-6th : RM200 & hamper   7th-10th : RM100 & hamper

Treasure Hunt nie dianjurkan bagi mempromosikan produk TM sendiri di samping sebagai salah satu tanggungjawab sosial TM bagi mempromosikan tempat-tempat percutian yang menarik yang ada di Terengganu dan Pahang. Selain itu, dengan penganjuran treasure hunt ini, TM dapat mendekatkan diri dengan para pelanggan serta para peserta.

Suatu pertandingan tu kalau xde hadiah memang xsahkan…So, hadiah yang bakal korang dapat kalau korang menang adalah RM4,000. Pergghh…banyakkan, so ape korang tunggu lagi…Joinla sekarang, Skype pun dah join dah ngn kawan2 Skype. Tarikh tutup pertandingan nie 6 May 2010, so korang masih ade 2,3hari lagi nak hantar borang tu. Cepat k…nanti dah tutup xdapatla korang join dan yang paling penting RM4,000 tuh…huhu…

Kat bawah ada link untuk borang & rules Treasure Hunt nie. Korang downloads and take ur action k. Skype ucapkan All the best kepada korang yang join. Nanti jumpa kat sane tau…

Rule of TM’s Treasure Hunt 2010

Entry Form

Related Posts with Thumbnails